loading...

Cara Buat Rayuan BKM 2022: Untuk Mereka Yang Gagal & Tidak Lulus Permohonan


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

Kami kongsikan kepada anda cara memohon rayuan BKM 2022.


PEMBAYARAN FASA 1 BKM

Untuk pengetahuan anda, bagi pembayaran Fasa 1 BKM, 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 sehingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi seperti berikut:

  • 4.0 juta isi rumah
  • 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan)
  • 3.4 juta individu bujang

Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022? 

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah: 

i. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau 

ii. Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.


Bilakah Permohonan Rayuan BKM 2022 bermula?

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat:

 i. Secara dalam talian - mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*

ii. Secara borang kertas - mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.  


Bagaimanakah kaedah Permohonan Rayuan BKM 2022? 

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat seperti berikut:

 i. Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDNM, https://ift.tt/2NpXcBw ; atau

 ii. Penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan). 

Anda digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 secara dalam talian dengan mudah, cepat, dan selamat apabila tempoh rayuan dibuka.


Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat layari bkm.hasil.gov.my


Previous
Next Post »
loading...