Apa Maksud Laman Pengeluaran Khas Diselenggara?
Untuk itu, semakan status pengeluaran khas tidak dapat diakses buat sementara waktu lanjutan daripada aktiviti penyelenggaraan sistem yang sedang dijalankan.Menuju 4 hari sebelum bayaran one-off Pengeluaran Khas KWSP, sudah pasti ada sesuatu yang menanti ahli. Jika sebelum ini, laman pengeluaran khas diselenggara bagi tujuan semakan status 'Permohonan Diterima', besar kemungkinan penyelenggaraan kali ini adalah persediaan kepada semakan status 'Lulus Permohonan'.
Setakat sekarang, tiada kemaskini dari pihak KWSP berikutan tujuan penyelenggaraan laman web Pengeluaran Khas ini. Ikuti kemaskini info Pengeluaran Khas pada telegram: http://t.me/pakejbantuankerajaan
Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:- Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
- Klik ‘Teruskan’
- Klik ‘Semakan Status Permohonan’
- Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
- Isi No Telefon Bimbit
- Sahkan Captcha
- Klik ‘Semak Status’
- Keputusan Permohonan Dipaparkan
- Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
- Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
- Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
- Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
- Ikuti Channel Telegram Rasmi di sini: http://t.me/pakejbantuankerajaan
- Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram tersebut
- Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya kami ucapkan
KEMASKINI RASMI: Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari. Klik https://ift.tt/JNfSulw untuk dapatkan lokasinya. -SNS