loading...

Bantuan RM1,000 Untuk Bujang Seluruh Malaysia ~ Umur 18-30 Tahun Boleh Mohon!



Berita baik kepada golongan belia yang berumur 18 hingga 30 tahun, kerajaan telah mengumumkan bantuan belia sebanyak RM1,000 dalam pembentangan bajet belanjawan 2021 yang lepas. Untuk makluman, bantuan ini masih lagi berterusan sehingga ke tahun ini. 

Bermula pada 1 Januari 2021, setiap majikan yang mempunyai pekerja dalam golongan belia yang berumur 18 hingga 30 tahun layak untuk memohon insentif sebanyak RM1,000 menerusi Program Perantisan.

Insentif ini juga memberikan peluang kepada golongan belia yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menambah pengalaman dalam bekerja bagi meningkatkan mutu kemahiran melalui on-the-job-training.

Tujuan Utama

Objektif bantuan adalah untuk memberikan peluang kepada penganggur / belia yang tidak mempunyai kerja tetap disamping membantu belia untuk menambah pengalaman dalam pekerjaan serta meningkatkan mutu kemahiran bekerja melalui on-the-job-training.

Maklumat Bantuan

Berikut adalah maklumat bantuan yang akan diterima oleh perantis dan majikan dalam program ini:
  • Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mempunyai pekerja lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.
  • Tempoh bayaran yang diberikan adalah selama 3 bulan iaitu bersyarat kontrak perkhidmatan itu minimum adalah selama 3 bulan juga.
  • Gaji / elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan.
  • Majikan diberikan peluang untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja bagi perantis dengan kos maksimum sehingga RM4,000
  • Pekerja juga layak untuk mendapatkan elaun kesediaan kerja / insentif.

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut dikongsikan syarat kelayakan untuk memohon bantuan ini:
  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Lepasan sekolah / graduan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun
  • Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap.
  • Belia yang pernah mengikut mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan badan-badan berkanun.

Maklumat Tambahan

Syarikat perlu berdaftar terlebih dahulu dan membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MyFutureJobs.

Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu membuat caruman dengan PERKESO.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Untuk Majikan

Daftar dan iklankan kekosongan pekerjaan di portal rasmi pengambilan perantis di https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/halaman-utama/


Permohonan Untuk Perantis

Mohon pekerjaan dan pilih syarikat yang sesuai melalui portal rasmi myfuturejobs di https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/halaman-utama/

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan, anda boleh menghubungi talian 03 - 8091 5300 atau 1 300 88 2000 atau emel ke penjanakerjaya@perkeso.gov.my



    Previous
    Next Post »
    loading...