
Polis Indonesia menahan 400 orang yang melakukan demonstrasi di Jakarta pada Khamis kemarin. Dipercayai bahawa demonstrasi di lakukan adalah untuk menentang penubuhan undang undang Omnibus Law yang boleh menindas golongan perkerja di Indonesia.
Lebih kurang 60 orang penunjuk perasaan dan 6 anggota polis cedera ketika demostrasi berdekatan bangunan perdana menteri yang di percayai adalah hari ketiga seluruh warga indonesia mogok. Penunjuk perasaan dikatakan melempar batu,memecah masuk bangunan dan menyalakan api berdekatan bangunan kerajaan dan tindakan pihak polis dengan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan perhimpunan tersebut.
Pengkritik mengatakan bahawa ‘Omnibus Law’ ini mengancam hak msyarakat pribumi dan menindas hak pekerja buruh. Dikatakan juga bahawa undang undang ini diusulkan di parlimen tanpa perundingan.
Jurucakap Polis Metropolitan Jakarta berkata bahawa penunjuk perasaan mula membuat rusuhan dan merosakkan kemudahan awam. Polis jakarta juga mengerahkan 9,000 anggota sebagai langkah berjaga jaga terhadap demonstrasi ini.
Sumber – CNN

Polis Siasat Insiden Pekerja Kedai Minuman Dimaki ...

Pesawat Patah Balik, Juruterbang Lupa Bawa Pasport ...

Dbkl Siasat Insiden Penguatkuasaan Terhadap Penjaj ...

Pajak Raya (astro) ...