loading...

COVID-19: 287 kes dilaporkan hari ini, tertinggi sejak PKP

PUTRAJAYA: Penularan COVID-19 di Malaysia kian membimbangkan apabila angka jangkitan baharu terus melonjak dengan 287 kes dilaporkan, hari ini, iaitu yang tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ketua Pengarah Kesihatan,Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata negeri mencatat jumlah tertinggi kes baharu ialah Kedah membabitkan 129 jangkitan, diikuti Sabah (113) dan Kuala Lumpur (31).

Beliau berkata, semua kes baharu berkenaan membabitkan penularan tempatan.

“Seramai 22 individu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media COVID-19, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa setakat jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 81 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatifnya 10,095 kes (85.8 peratus).

Tiada kematian baharu direkodkan, hari ini, dengan jumlah kumulatifnya kekal 136 kes (1.16 peratus).

Previous
Next Post »
loading...