loading...

Lelaki Ambil Masa 23 Tahun Korek Gua Bawah Tanah

KOTAYK, Armenia – Sebuah gua yang dikorek dengan tangan oleh jurubina, Levon Arakelyan selama lebih 23 tahun menggunakan hanya tukul dan pahat kini dibuka sebagai sebuah muzium di kampung Arinj di sini.

Pada mulanya, Arakelyan mengorek sedikit sahaja selepas diminta oleh isterinya, Tosya untuk menyediakan ruang yang sejuk bagi menyimpan kentang di bahagian bawah rumah mereka, namun lelaki itu kemudian menjadi leka.

Arakelyan mula mengorek gua tersebut pada tahun 1985 dan masih meneruskan kerja-kerja tersebut sehinggalah hari dia meninggal dunia pada tahun 2008 pada usia 67 tahun.

Jurubina itu menghabiskan masa selama 18 jam sehari untuk melakukan kerja-kerja di bawah tanah dan hanya akan naik seketika untuk tidur sebelum menyambung semula pekerjaan tersebut.

Selain mempamerkan seni ukiran bercirikan kesenian Roman, muzium yang tidak mengenakan sebarang bayaran masuk itu juga mempamerkan peralatan dan kelengkapan yang digunakan Arakelyan untuk mengorek gua tersebut termasuklah kasut lusuh yang dipakainya. – Agensi/Kosmo Online

Loading...

Previous
Next Post »
loading...