Bantuan Kehilangan Pendapatan merupakan bantuan yang diberikan khusus kepada mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19. Bantuan ini adalah sebahagian daripada pakej PEMULIH yang telah diumumkan pada Jun lalu dan merupakan strategi kerajaan untuk melonjakkan kembali ekonomi negara.
Kadar Bantuan Yang Diberikan
Bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off akan diberikan kepada mereka yang kehilangan pendapatan.
Cara Membuat Permohonan
Untuk pengetahuan anda, tiada permohonan akan dibuka untuk bantuan ini kerana data penerima akan disemak silang oleh KWSP atau PERKESO untuk memastikan setiap individu yang layak diberikan bantuan ini.
____________________________________________________________________
Anda mungkin berminat pada artikel ini
- Program Prihatin Kasih: Elaun Bulanan RM300 Bagi Negeri Yang Terlibat November 2021
- BKC Fasa 2: Semakan Status & Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima
- BPR Tambahan PEMERKASA Plus: Semakan Status & Tarikh Pembayaran
Tarikh Bantuan Akan Disalurkan
Setakat ini tiada tarikh tertentu bilakah bantuan ini akan diterima namun begitu ia akan disalurkan pada bulan Oktober 2021.
Sama-sama kita nantikan dan kami dari Mingguan Kerja akan memberi info dari semasa ke semasa.