loading...

Seluruh Malaysia boleh rentas negeri bermula Isnin, ini pula pendirian Kerajaan Negeri Sabah



SABAH PUTUSKAN RENTAS NEGERI PADA RABU

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah akan membuat keputusan sama ada membenarkan pergerakan rentas negeri seperti diputuskan kerajaan Pusat selepas mesyuarat Kabinet negeri pada Rabu ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 Negeri Sabah akan mengemukakan cadangan mengenai perkara itu untuk dibincang dalam mesyuarat jemaah menteri.

SABAH MASIH MAHU RUJUK PERATUSAN VAKSIN NEGERI

Katanya, cadangan itu akan mengambil kira situasi semasa di Sabah termasuk pertimbangan mengenai pencapaian program imunisasi COVID-19 yang kini baru mencapai 65 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin berbanding 90 peratus di peringkat nasional.

"Kita mengambil kira peratusan penduduk dewasa di Sabah yang sudah memperoleh vaksin lengkap belum sampai kepada 90 peratus iaitu hanya sekitar 65 peratus pada hari ini.

"Ia adalah prasyarat yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan untuk membolehkan rentas negeri tanpa perlu permit polis dibenarkan," katanya mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai kebenaran rentas negeri mulai esok.

KAWALAN PERGERAKAN MENGIKUT ZON MASIH BERKUATKUASA

Masidi berkata, Sabah ketika ini masih berada dalam kawalan pergerakan perjalanan mengikut zon atau sistem zon dan kawalan rentas daerah bagi daerah yang tidak dimasukkan dalam sistem kawalan pergerakan mengikut zon.

Sistem itu dilaksanakan mulai 1 Oktober lalu yang menyaksikan 18 daerah beralih ke pergerakan mengikut zon yang dibahagikan kepada lima zon berbeza, manakala sembilan daerah lagi kekal dikenakan sekatan rentas daerah berikutan belum mencapai 60 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin.

Penduduk dalam setiap zon bebas merentas antara daerah dalam zon yang sama, manakala pergerakan keluar zon atau ke daerah yang masih dikenakan sekatan rentas daerah memerlukan permit polis.
Previous
Next Post »
loading...