Memandangkan bulan November sudah hampir tiba, pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh bayaran i-Citra bulan ketiga akan dikreditkan ke akaun masing-masing. Sama seperti i-Sinar, bayaran akan diterima mengikut kategori permohonan dan tarikh kelulusan masing-masing.
Oleh itu, kami dari Mingguan Kerja akan berkongsi kepada anda semakan status dan jadual pembayaran bagi bulan september dan bulan-bulan seterusnya.
Tarikh Pembayaran i-Citra
Untuk pengetahuan anda, pembayaran i-Citra bagi November akan bermula pada 1 November 2021. Pengkreditan amaun ke bank ahli akan mengambil tempoh masa 1 - 3 hari bekerja dan bergantung kepada prosedur bank.
Jadual Bulanan Pembayaran i-Citra
Seperti i-Sinar, pembayaran i-Citra juga adalah seperti berikut:
Tarikh pembayaran bulan pertama akan sama dengan tarikh pembayaran bulan kedua dan seterusnya.
Contohnya jika bayaran pertama bermula pada 2 Ogos 2021, bayaran kedua berkemungkinan akan jatuh pada 2 September 2021, begitu juga dengan bulan-bulan berikutnya jika jatuh pada hari bekerja.
Jika lambat, bayaran akan dikreditkan dalam tempoh maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bulan
Menurut pegawai KWSP, pemohon boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan maklumat terkini tentang pembayaran.
Cara Membuat Semakan Status i-Citra
Semakan i-Citra boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu melalui laman web i-Citra atau i-Akaun.
Untuk membuat semakan melalui laman web i-Citra:
- Buka laman web i-Citra KWSP di https://icitra.kwsp.gov.my/
- Klik pada butang SEMAK STATUS
- Isikan maklumat yang diminta
- Status permohonan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan
____________________________________________________________________
Anda mungkin berminat pada artikel ini
Untuk membuat semakan pembayaran melalui i-Akaun:
- Buka aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Log masuk menggunakan ID dan Kata laluan yang telah didaftarkan
- Kemudian semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
- Klik pada WITHDRAWAL HISTORY
- Seterusnya klik pada paparan yang ada bertulis i-Citra
- Tarikh bayaran akan dipaparkan seperti contoh di bawah

Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan i-Citra, anda boleh menghubungi Hotline i-Citra di 03-8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us
Untuk info terkini melalui media sosial, anda boleh melayari Facebook rasmi KWSP.

Zambry Ingatkan Mahasiswa, Usah Terjebak Beban Hut ...

Rakyat Tertipu Dengan Janji Pilihan Raya, Bn Makin ...

Opr Turun : Apa Maksudnya Untuk Anda Dan Ekonomi M ...

Di Rumah, Kami Tak Banyak Cakap Soal Kerja, Ba ...