Untuk pengetahuan anda, ini adalah maklumat penting berkaitan penerima BKC bagi kategori bujang yang perlu diketahui.
Bagi fasa kedua ini, soalan yang sering yang ditanya adalah berapakah jumlah yang akan diperolehi? Bilakah tarikh pembayaran? Dan bagaimana cara untuk membuat semakan dan sebagainya.
Oleh itu, berikut dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan BKC untuk kategori bujang dan sila baca dengan teliti agar faham dan jelas tentang pembayaran fasa seterusnya.
Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima
BKC Fasa 2, hanya kategori bujang miskin tegar yang akan menerima bayaran iaitu sebanyak RM300.
Manakala pembayaran bagi kategori bujang B40 dan M40 tidak ada lagi kerana bayaran hanya dibuat pada fasa 1 sahaja dengan masing-masing menerima RM200 dan RM100.
Sila rujuk jadual di bawah:
____________________________________________________________________
Anda mungkin berminat pada artikel ini
- Kemaskini Akaun BKC Kini Dibuka, Semak Sekarang!
- BKC: Cara Tebus Nombor Baucar Di Bank
- BKC Fasa 2: Semakan Status & Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima
- BPR Tambahan PEMERKASA Plus: Semakan Status & Tarikh Pembayaran
Tarikh Pembayaran BKC Fasa 2
Pembayaran BKC Fasa 2 akan bermula pada bulan November 2021. Setakat ini tiada tarikh yang terperinci diumumkan oleh kerajaan.
Kami dari Mingguan Kerja akan memberi info dari semasa ke semasa.
Semakan Status Bantuan BKC
Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan status BKC:
- Buka laman web BPR di https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan
- Rujuk bahagian menu semakan untuk melihat status pembayaran.
Maklumat Lanjut
Maklumat terperinci berkaitan BKC, anda boleh rujuk DI SINI