loading...

Tersalah Transfer Duit? Ini Cara Mudah Dapatkan Semula Wang Anda



Korang pernah tak ada pengalaman tersalah transfer duit ke akaun orang lain? Atau orang tersalah transfer ke akaun korang? Mesti korang cemaskan bila tahu duit yang korang transfer tersalah akaun. 

Sebenarnya, sekiranya korang tersalah transfer jangn risau dan panik. Tenang dan lakukan langkah-langkah di bawah ini. Kami kongsikan kepada anda cara mudah untuk dapatkan semula wang sekiranya anda tersalah transfer. 


Langkah 1

Pertama sekali wajib BERTENANG . Paham je bila tersalah transfer , amaun besar plak tu atau itu je duit yang kita ada , so akan jadi panik . Tapi panik akan buat korang tak dapat berpikir secara waras . So ambik nafas dan bertenang .

Kalau nombor akaun yang korang tersalah tu bukan milik sapa-sapa , so selamatlah kat situ sebab korang semestinya akan dapat semula duit tu.

 Kiranya duit tu akan bounce back ke akaun korang dengan mudah . Tapi kalau nombor akaun yang korang silap tu ada pemilik , ni yang akan jadi masalah dan yes bagi kes mami , akaun tu ada pemilik.


Langkah 2

Benda yang korang kena catit adalah :-
- Nombor akaun , penama akaun , tarikh dan masa slip yang tersilap transfer
-- Nombor akaun , penama akaun yang sepatutnya kita transfer

Langkah 3

Lepas tu terus pergi ke balai polis dan buat laporan polis . Jangan lupa masukkan segala detail tadi tu . 


Langkah 4

Kemudian terus pegi bank yang berkaitan untuk bank ambik segala rekod . Jika hari cuti atau bank dah tutup , pihak bank takkan call pemilik tu tau sampai la masuk semula waktu bekerja . Timing mami haritu sangatlah tak cun . Dah la hari khamis kejadian tu selepas waktu bekerja , hari jumaat plak cuti CNY dan sabtu ahad plak bank memang tutup . Lama melangut tunggu weh 

Langkah 5

Seterusnya pegawai bank akan menghubungi penama akaun yang korang tersilap transfer tu . 

Korang jangan memandai2 kot ada sedara mara polis ke hape , pastu suruh check detail pemilik akaun tu pastu korang call , dan lagi teruk korang marah-marah atau ugut orang tu . Silap-silap korang yang ke dalam.

Kena ingat ye , benda tu kesalahan dan kecuaian kita sendiri , so jangan meroyan tak tentu pasal .


Langkah 6

Kemudian depends la pada pemilik akaun tu , mungkin dia request email atau pape yang sepatutnya sebab dorang pun mesti takut kot kes scammer ke hape kan . Jadi macam kes mami , pemilik tu mintak pihak bank emailkan segala detail . Kalau nasib korang baik , pemilik akan pulangkan semula duit tu tanpa banyak songeh sebab dorang pun mesti takut kalau kena pape tindakan undang-undang dan ada je manusia yang jujur zaman sekarang ni ,dia takkan ambik hak orang .

Lain ceritanya jika pemilik akaun yang korang tersalah transfer tu tak amanah , taknak bekerjasama dengan pihak bank atau cuba melarikan diri . 

Yang ni masalah rumit sikit sebab korang kena libatkan pihak polis dan jika jumlah banyak , boleh lantik lawyer untuk hantar LOD ( Letter of demand ) kepada pemilik tersebut .

Sebelum ni pernah ada kes sepasang suami isteri yang telah didakwa di bawah seksyen 403KK menyalahgunakan harta secara curang sebab membelanjakan wang yang pihak bank tersalah transfer ke akaun mereka .

Langkah 7

Dan akhir sekali kalau kita sebagai orang Islam , senjata yang terhebat adalah doa . Sentiasa berdoa pemilik akaun tersebut terbuka hati untuk pulangkan semula duit kita . In shaa allah segalanya akan dipermudahkan .


Previous
Next Post »
loading...