loading...

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) RM600 Tahun 2022

Berita baik untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang memasuki tingkatan 1 dan 4, kini anda boleh untuk memohon Biasiswa Sekolah Menengah untuk anak anda bagi sesi 2022.

Berita baik untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang memasuki tingkatan 1 dan 4, kini anda boleh untuk memohon Biasiswa Sekolah Menengah untuk anak anda bagi sesi 2022.

Kami kongsikan kepada anda maklumt terkini Biasiswa Sekolah Menengah.


Siapa Layak Mohon Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) RM600?

Pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 yang layak dari sekolah kerajaan- SMK, SMKA, SMA dan SABK kini boleh memohon Biasiswa Sekolah Menengah sebanyak RM600 setahun yang diberikan oleh Yayasan Pahang.

Keutamaan adalah anak Pahang yang mempunyai tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin, ibu bapa uzur , ibu tunggal atau peserta PPRT.

Murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum juga digalakkan memohon.

Tarikh Permohonan Dibuka

Permohonan dibuka bermula 12 Mei sehingga 15 Jun 2022


Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan:Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
Ibu atau bapa pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  1. Pemohon / ibu / bapa mestilah lahir di negeri Pahang.
  2. Jika pemohon / ibu / bapa lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
  3. Pemohon mestilah mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  4. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  5. Pemohon mestilah murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum.
  6. Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
  7. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) pemohon mestilah tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  8. Murid yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
  9. Permohonan boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Adun bermula 12 Mei sehingga 15 Jun 2022.

Cara Permohonan

Langkah-langkah untuk permohonan:

Langkah 1: Dapatkan borang permohonan di sekolah dan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Langkah 2: Lengkapkan butiran yang diperlukan.

Langkah 3: Hantar borang 1.0 / 2.0 kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod dan simpanan.

Maklumat Tambahan

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Yayasan Pahang atau hubungi di talian 09-5181800.
Previous
Next Post »
loading...