Beberapa hari ini tular isu berkaitan dengan penerbangan yang ditunda dan dibatalkan di media sosial. Ramai orang kecewa dengan penerbangan mereka yang ditunda dan dibatalkan tanpa diberitahu kepada mereka.
Tahukah anda? Anda sebenarnya layak dan berhak untuk menuntuk pampasan sekiranya penerbangan anda ditunda dan dibatalkan.
Kami kongsikan kepada anda, antara hak tuntutan pampasan yang anda layak seperti yang dikongsikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna serta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.
Bergantung kepada punca penundaan/pembatalan, pengguna boleh menuntut pampasan seperti berikut;
Penerbangan Ditunda 2 Jam & Lebih
- Makanan, panggilan telefon dan akses internet
Penerbangan Ditunda 5 Jam & Lebih
- Anda layak untuk mendapatkan penginapan hotel dan pengangkutan
Penerbangan Dibatalkan
- Anda layak untuk mendapatkan pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif
Pengumuman Mengenai Saluran Aduan Pengguna MAVCOM
Maklumat Tambahan
Pengecualian pampasan hanya berlaku untuk keadaan yang tidak dapata dijangka oleh syarikat penerbangan yang melibatkan risiko keselamatan atau cuaca ekstrem.
Pengguna disarankan untuk membuat aduan kepada syarikat penerbangan yang berkenaan bagi sebarang tuntutan pampasan atau layari https://www.mavcom.my/bm/laman-utama/

Gempa Di Myanmar: Pasukan Smart Malaysia Sedia Dih ...

Ayam Butter Cheese, Lauk Kegemaran Ramai ...

Insentif Rebat Rahmah: Inisiatif Kerajaan Dihargai ...

Resepi Kuih Siput Pasti Rangup ...