loading...

Cara Mohon Bantuan MyRinggit - i Banjir RM10,000

Tahukah anda bagi mereka yang terjejas akibat banjir, anda boleh untuk memohon kemudahan BSN MyRinggit-i Banjir menerusi BSN. Tujuan utama program ini untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.

Tahukah anda bagi mereka yang terjejas akibat banjir, anda boleh untuk memohon kemudahan BSN MyRinggit-i Banjir menerusi BSN. Tujuan utama program ini untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.

Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini bantuan ini.


Bantuan MyRinggit- i Banjir

BSN MyRinggit-i Banjir menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM10,00 pada kadar 0% untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium (rehat bayaran) 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan.


Cara Permohonan

Bagi mereka yang terkesan akibat banjir, anda boleh untuk memohon dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui laman web rasmi BSN, www.bsn.com.my bermula 27 Disember 2021.

Sekiranya anda mempunyai masalah atau tidak mempunyai akses ke laman web berkenaan, anda boleh untuk mengunjungi cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan.


Dokumen Permohonan Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan semasa permohonan adalah seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan bil elektrik rumah yang terjejas
  • Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas

Cara Semak Status Permohonan

Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Pemohon boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi BSN.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan di talian 1300-88-1900.


Previous
Next Post »
loading...