loading...

155,893 diberhentikan kerja sejak 2020, kursus percuma + elaun ini perlu anda ikuti


Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada 2020, sehingga kini seramai 155,893 pekerja telah diberhentikan. Terdapat juga pekerja yang ditawar VSS dan MSS oleh majikan.

APA ITU VSS dan MSS

Voluntary Separation Scheme (VSS) atau Pemberhentian Secara Sukarela bermaksud majikan berhasrat untuk mengurangkan pekerja tetapi dengan cara mempelawa pekerja memohon untuk berhenti secara sukarela.

Pada kebiasaanya pekerja akan ditawarkan faedah penamatan atau pampasan yang lebih baik daripada peruntukan undang-undang.

MSS atau akronimnya Mutual / Mandatory Separation Scheme pula bermakna Pemberhentian Kerja Secara Wajib akibat perubahaan besar yang telah berlaku kepada syarikat majikan dan jawatan itu tidak diperlukan lagi.

Sekiranya anda merupakan golongan pekerja yang diberhentikan atau pekerja yang ditawar VSS/ MSS ini, anda wajar untuk mengikuti kursus percuma (elaun disediakan) ini.

KLIK SINI UNTUK MOHON

KURSUS PERCUMA (ELAUN DISEDIAKAN) DIBIAYAI PERKESO

Sertai Kursus Percuma (Elaun Disediakan) yang dibiayai dibawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO. Pekerja yang diberhentikan kerja akan mempelajari:

1) FACEBOOK MARKETING

Kursus ini sangat sesuai untuk anda yang ingin MENCEBURI ATAU MEMULAKAN PERNIAGAAN menceburi bidang perniagaan atau ingin MENDAPATKAN ILMU KEMAHIRAN PEMASARAN DIGITAL untuk peluang pekerjaan di masa hadapan.


2) MICROSOFT OFFICE (WORD, EXCEL & POWERPOINT)

Kursus MICROSOFT OFFICE ini meliputi 3 modul penggunaan aplikasi popular MICROSOFT WORD, MICROSOFT EXCEL dan juga MICROSOFT POWERPOINT yang sangat sesuai untuk mereka yang berminat dengan tugasan PENTADBIRAN PEJABAT, ANALISA DATA, PENYEDIAAN LAPORAN dan seumpamanya.

KLIK SINI UNTUK MOHON

Kursus berikut dikendalikan oleh Armels Academy Sdn Bhd. Armels Academy merupakan penyedia latihan yang dilantik oleh PERKESO.


Previous
Next Post »
loading...