loading...

Ini Cara Mudah Bayar Saman PDRM Diskaun 80% Guna Mesin ATM ~ Tak Perlu Berbaris Panjang Lagi!

Rakyat Malaysia berpusu-pusu membayar tunggakan saman mereka sejak beberapa hari ini. Ada yang sanggup berbaris panjang ke Balai Polis semata-mata untuk membayar saman diskaun sebanyak 80%.

Rakyat Malaysia berpusu-pusu membayar tunggakan saman mereka sejak beberapa hari ini. Ada yang sanggup berbaris panjang ke Balai Polis semata-mata untuk membayar saman diskaun sebanyak 80%.

Tapi tahukah anda, bahawa anda boleh untuk membayar saman anda hanya dengan menggunakan mesin atm?

Kami kongsikan kepada anda cara untuk membayar saman menggunakan mesin atm.


Cara Bayar Saman Guna Mesin ATM Maybank

Untuk pengetahuan anda, hanya mesin ATM Maybank sahaja yang mempunyai link dengan polis. Jadi anda hanya perlu menggunakan mesin ATM Maybank untuk membayar saman. Berikut kami kongsikan langkah membayar saman menggunakan mesin ATM Maybank.


1. Pergi ke "Paybills"




2. Tekan "Pembayaran Saman PDRM"



3.  Tekan "Teruskan"



4. Selepas itu masukkan "nombor kad pengenalan" anda



5. Saman anda akan tertera di skrin, kemudian anda boleh  melakukan pembayaran saman anda.



6. Jangan lupa untuk dapatkan resit pembayaran saman anda daripada mesin ATM Maybank.


Tarikh Bayaran Saman Trafik Dilanjutkan

Berita baik untuk semua, sekiranya anda belum untuk membayar saman anda, jangan risau anda boleh melanjutkan pembayaran sehingga 31 Disember ini. Tapi jangan lupa untuk bayar saman anda dengan diskaun 80% ini. 




Sumber: Fb Mr Sharul Iman

Previous
Next Post »
loading...