Prihatin Kasih dengan peruntukan RM100 juta telah diumumkan sebagai salah satu langkah pakej PEMERKASA, bagi membantu kos sara hidup bagi golongan miskin bandar. Program bantuan barangan dapur ini disalurkan secara tanpa tunai atau cashless melalui penggunaan MyKad dan akan memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara.
Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini bantuan.
Apa Itu Program PRIHATIN Kasih?
Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad.
Antara barangan keperluan asas yang boleh dibeli dalam program ini termasuklah makanan seperti susu bayi, beras, minyak masak, telur, makanan dalam tin dan sebagainya. Barangan-barangan ini anda boleh beli di 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit.
Jumlah Bantuan Barangan Dapur
Bermula pada 1 Julai 2021 lepas penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan yang dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad.
Melalui elaun ini, mereka boleh untuk membeli barangan makanan asas di kedai-kedai runcit berdekatan dengan kawasan rumah mereka.
Mereka yang layak akan menerima elaun bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM100 setiap bulan melalui akaun MyKad mereka untuk tempoh tiga bulan.
Contoh jadual pembayaran:
- Julai 2021 - RM100
- Ogos 2021 - RM100
- September 2021 - RM100
- Jumlah: RM300
Sekiranya baki elaun bulanan tidak habis digunakan, anda boleh untuk bawa baki tersebut ke bulan berikutnya dan digunakan bersama-sama dengan elaun bulan berikutnya.
Siapa Layak Terima PRIHATIN Kasih?
Keluarga yang layak akan dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR. Sekiranya melepasi syarat, mereka layak untuk terima Bantuan PRIHATIN Kasih ini.
Mereka yang layak akan terima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Semak Kelayakan Status Penerima PRIHATIN Kasih
Anda boleh untuk membuat semakan status kelayakan secara online Klik Di Sini
Cara semak kelayakan:
- Layari laman web MyKasih http://www.mykasih.com.my/site/
- Isi nombor kad pengenalan
- Masukkan kod Captcha yang dipaparkan
- Status anda akan dimaklumkan
- Jika layak, anda akan terima sms dari MyKasih untuk mengesahkan status anda sebagai penerima manfaat program ini.