Bermula hari ini, 12 Julai sehinggalah 30 September 2021, anda boleh untuk memohon i-Citra sehingga RM5,000. Ramai pemohon yang ternanti-nanti saat ini untuk mengeluarkan duit KWSP agar dapat membantu mereka meringankan beban hidup.
Kami kongsikan kepada anda cara mudah untuk membuat permohonan i-Citra menggunakan handphone.
Syarat i-Citra KWSP
Untuk pengetahuan anda, tiada sebarang pindaan amaun dibenarkan setelah permohonan dibuat. Justeru anda perlu berhati-hati dalam membuat permohonan pengeluaran.
- Semua ahli KWSP yg berumur 55 tahun ke bwh layak memohon.
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
- Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
- Bayaran minimum adalah RM50.
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
Cara Mudah Mohon Pengeluaran I-Citra
1. Klik pada PERMOHONAN
Masukkan No Kad Pengenalan dan No Tel.
2. Anda akan diminta utk masukkan OTP (One Time Password)
OTP akan dihantar ke No Tel anda yg berdaftar dgn KWSP.
3. Setelah masukkan OTP, anda akan melihat AMAUN PENGELUARAN
Klik utk memohon RM5000, klik teruskan.
Sekiranya Amaun Pengeluaran anda kurang dari RM5000 (Lain Amaun), maka AMAUN TERTERA itu adalah amaun yg layak utk anda keluarkan sahaja. (Tertakluk pd baki semasa Akaun 1+2)
Pilih Amaun tersebut, klik teruskan.
4. Anda akan melihat JADUAL PENGELUARAN
Pembayaran dibayar maksimum RM1000 setiap bulan selama 5 bulan, klik teruskan.
Jadual pembayaran anda akan berbeza sekiranya amaun anda kurang dari RM5000.
5. Sila check maklumat anda.
- Pastikan No Akaun Bank anda betul.
- Pastikan Jumlah Amaun yg dipohon juga betul.
- Jawab 2 soalan sebelum klik teruskan. (Ikut Suka, letak alasan apa pun boleh)
6. Sahkan sekali lagi maklumat anda, jadual pembayaran dan juga akaun bank.
Pastikan amaun pengeluaran anda adalah MAKSIMUM.
7. Klik Hantar dan Klik Cetak & Simpan Permohonan anda.
Muat Turun utk Rujukan.
Sila pastikan amaun yg dipohon adalah betol dan maksimum kerana anda tidak boleh membuat pindaan setelah menghantar permohonan.
Maklumat Tambahan
- Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
- Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
- Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
- Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Sumber: Firdaus Syakirin