Berita baik untuk para majikan dan para pekerja! Tahukah anda permohonan Program Subsidi Upah 4.0 yang telah diumumkan oleh kerajaan akan dibuka bermula 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2021.
Setiap majikan yang mengemukakan permohonan lengkap dengan maklumat yang betul akan menerima bayaran dalam tempoh tujuh hingga 14 hari.
Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini Bantuan RM600 untuk setiap pekerja di Malaysia.
Apa Itu Program Subsidi Upah 4.0?
Dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM15.67 bilion di bawah Program Subsidi Upah (PSU) yang akan memberi manfaat kepada 2.74 juta pekerja dan 333,553 majikan di seluruh negara.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed beliau berkata, semua sektor mendapat manfaat daripada program ini bermula daripada PSU 1.0 hingga PSU 3.0
Setelah pengumuman PSU 4.0 jumlah peruntukan untuk program ini dijangka meningkat kepada RM15.82 bilion.
Di bawah Program Subsidi Upah 4.0, majikan boleh membuat permohonan subsidi sebanyak RM600 sebulan untuk semua pekerja tempatan tanpa had gaji, terhad kepada 500 pekerja bagi satu perusahan atau syarikat.
Matlamat Utama Program Subsidi Upah 4.0
Membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat pandemik COVID-19 yang terpaksa menutup operasi syarikat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat dan mengelakkan pekerja hlang pekerjaan serta punca pendapatan bagi semua perusahaan.
Tempoh Pelaksanaan
Program Subsidi Upah 4.0 akan dibuka bagi dua bulan pertama mulai 1 Ogos 2021 kepada majikan di semua sektor ekonomi yang pendapatannya terjejas sekurang-kurangnya 30 peratus selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagi dua bulan berikutnya, subsidi akan diberikan secara khusus kepada sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Melalui inisiatif dan bantuan PSU 4.0 ini, pihak kerajaan akan menampung:
- 500 pekerja setiap majikan
- Kadar bayaran RM600 setiap pekerja.
- Bayaran adalah bagi tempoh 4 bulan yang mana dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.
Jika sebelum ini pelaksanaan PSU disyaratkan dengan had gaji di bawah RM4,000 sahaja, namun melalui PSU 4.0:
- Tiada had gaji ditetapkan.
- Majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerja yang bergaji lebih RM4,000.
Kadar Subsidi
Sejumlah RM600 bagi setiap pekerja.
Syarat-syarat Permohonan
- Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih bagi jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019/2020.
- Tiada had gaji ditetapkan bagi program ini (sebelum ini had gaji ialah RM4,000).
- Majikan disyaratkan untuk memasukkan maklumat subsidi ke dalam slip gaji pekerja.
Tarikh Permohonan
Bermula 1 Ogos 2021 hingga 31 Oktober 2021
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan info terkini tentang Program Subsidi Upah 4.0, sila rujuk ke laman web PERKESO pada pautan di bawah;