loading...

Bil Elektrik: Cara Mohon Diskaun Sehingga 40% Setiap Pengguna di Malaysia

Diskaun Bil Elektrik


Bil Elektrik: Cara Mohon Diskaun Sehingga 40% Setiap Pengguna di Malaysia. Berita baik kepada seluruh rakyat Malaysia, Perdana Menteri telah mengumumkan satu lagi program inisiatif bantuan kerajaan kepada rakyat Malaysia bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan isi rumah.


Merujuk kepada perkara tersebut, kerajaan bersetuju bagi memberikan diskaun bil elektrik diantara 5 sehingga 40% mengikut kadar penggunaan elektrik dibawah 200 KW jam sebulan serta 15 peratus untuk penggunaan antara 201 sehingga 300 KW jam sebulan.

“Secara keseluruhan, pengguna akan menikmati diskaun berjumlah RM346 juta serta ia akan berkuat kuasa untuk tempoh tiga bulan bermula bil bulan depan,” kata PM dalam pengumuman khas Pakej PEMULIH baru baru ini.

Baca Juga: Bantuan RM500 untuk Rakyat Malaysia Terjejas Pendapatan

PM berkata, selain itu, bagi sektor ekonomi yang terjejas terutamanya pengendali hotel, taman tema, pusat beli-belah, pusat konvensyen, pejabat syarikat pelancongan tempatan dan juga agensi pengembaraan dan pelancongan, dilanjutkan untuk tempoh tiga bulan lagi untuk diskaun bil elektrik iaitu 10 peratus bagi bil Oktober hingga Disember 2021.

PERKARA BUTIRANNYA
Semakan rebat bil elektrik TNB https://semakanrebat.ketsa.gov.my/apps/public/index.php
Cara masukkan nama dalam sistem ekasih Rujuk portal rasmi, e kasih

SEMAK KELAYAKAN DISKAUN BIL ELEKTRIK

Permohonan Diskaun Bil Elektrik
  1. Anda hendaklah tersenarai dalam kalangan golongan miskin dan miskin tegar di Malaysia
  2. Bagi mengesahkan kelayakan, anda perlu ikuti syarat mudah yang ditetapkan.
  3. Untuk menerima bantuan rebat ini, anda hendaklah pastikan anda sebagai ketua isi rumah tersenarai dalam sistem ekasih icu Jabatan Perdana Menteri JPM.
  4. Sekiranya anda layak bil yang anda terima setiap bulan akan ditolak automatik sebanyak RM40.
    • Contoh bil anda pada bulan Jun adalah RM50 sebulan, anda akan dapat diskaun sebanyak RM40 dan anda hanya perlu bayar RM10 sahaja
    • Contoh pada bulan Julai bil anda hanya RM30, ini bermakna anda tidak perlu bayar apa-apa pada bulan tersebut
  5. Jikalau anda memiliki beberapa akaun sekalipun, anda cuma layak untuk terima bantuan diskaun untuk satu akaun sahaja. Tidak boleh lebih daripada itu.

MOHON BANTUAN DISKAUN BIL ELEKTRIK 2021

Berdasarkan pengumuman PM, anda semua akan dapat diskaun bil elektrik sekitar 5% semasa PKP3.0 ataupun tempoh Sekatan Pergerakan Penuh.

Info Terkini akan disalurkan melalui Telegram: http://t.me/pakejbantuankerajaan

Diskaun Bil Elektrik
Previous
Next Post »
loading...