loading...

Tiada Duit Sara Diri, Atikah Suhaime Terpaksa Balik Kampung

Gara-gara tidak mendapat sebarang tawaran berlakon selama enam bulan, Atikah Suhaime kini terpaksa melupakan kerjayanya seketika dan pulang ke Singapura. Jelas pelakon itu, disebabkan tiada tawaran beliau terpaksa menggunakan duit simpanannya untuk menyara hidup.

“Selama enam bulan saya tak dapat apa-apa tawaran sehingga terpaksa menggunakan duit simpanan untuk menampung perbelanjaan. Jujur saya katakan disebabkan duit simpanan pun nak habis, saya nekad untuk pulang ke Singapura dan bekerja di sana sahaja”
“Kini saya sedang bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pegawai pemasaran sejak awal bulan Julai lalu. Saya tak letakkan masa berapa lama akan berehat tapi Insya-Allah saya akan kembali dalam dunia seni,” jelasnya kepada m Star Onlinemengenai perkara itu.
Sebelum ini, menerusi akaun Instagram, Atikah ada memuat naik status seolah memberi gambaran bahawa dirinya sudah penat menghambakan diri didalam dunia seni. Walaupun sukar namun beliau terpaksa melupakan kerjayanya seketika dan mencari semula semangatnya yang hilang.

Kalau masih ingat pernah suatu ketika, Atikah dipalit kontroversi hebat apabila gambar bogel mirip wajahnya bersama dua lagi pelakon lelaki tersebar dengan meluas. Tidak pasti pula jika hal itu membuatkan Atikah digam dari produksi tempatan hingga tidak mendapat tawaran
Previous
Next Post »
loading...