loading...

“Bukan Nak Tutup Masalah Rumah Tangga”

Ada orang suka melihat gambar atau video mesra yang dipamerkan selebriti kesayangan mereka, tetapi ada juga yang tidak senang dengan perkara itu. Seperti Siti Sarah pula, beliau tidak menyangka perkongsiannya di laman sosial mengundang rasa tidak puas hati.

“Secara jujur, saya tidak sangka video yang dimuat naik mendapat perhatian ramai kerana sebelum ini kami sering berkongsi gambar berdua. Kalau diikutkan, mereka yang mengenali kami sudah maklum dengan karakter itu”
“Bagi saya, tiada kena mengena dengan masalah rumah tangga. Kalau ada pun kami ada cara untuk mengatasi permasalahan. Kebahagiaan bukan boleh direka, namun sekiranya perkongsian saya dapat menggembirakan peminat”
Jelasnya lagi, perkongsian rumah tangganya yang bahagia bukanlah dibuat untuk menutup keretakan hubungan beliau dan suami tetapi sekadar berkongsikan kepada peminat. Malah jika ada masalah sekalipun, Sarah lebih selesa tidak menjaja cerita di laman sosial.

“Kami berpegang pada prinsip untuk tidak membawa sebarang masalah di sosial media kerana ia tidak seharusnya dikongsikan. Sebenarnya artis dan orang biasa tidak jauh berbeza dan itu yang saya tekankan di media sosial,” jelasnya kepada Berita Harian Online.
Previous
Next Post »
loading...