loading...

Cara Mencegah Dan Merawat Ulser Mulut Dengan Rawatan Tradisional Dan Moden


Ulser mulut ataupun juga dikenali sebagai mata ikan boleh berlaku pada bahagian gusi, bibir, pipi dan mahupun tekak. Ulser mulut ini, walaupun sangat tidak menyenangkan, ia biasa akan sembuh sendiri dalam jangka masa seminggu atau dua.
Namun, disebabkan ianya sangat memedihkan dan menyukarkan kita untuk menikmati makanan/minuman kegemaran. Oleh itu, kita lebih cenderung untuk mencari cara merawat ulser mulut ini secepat yang mungkin.
Artikel kali ini akan membincangkan beberapa cara merawat ulser mulut dengan berkesan. Secara ringkas, ini adalah beberapa segmen artikel ini:
  • Rawatan Tradiosional
  • Rawatan Moden
  • Cara Mencegah
  • Tips Tambahan    

Merawat Ulser Mulut Dengan Rawatan Tradisional

Ulser mulut ialah sejenis penyakit yang klasik, oleh itu sudah banyak kaedah rawatan tradisional yang berkesan. Berikut adalah beberapa cadangan remedi yang anda boleh amalkan.


1. MADU


Madu memiliki sifat antibakteria yang sangat baik untuk menghilangkan ulser mulut. Ia membantu mengekalkan kelembapan mulut dan menggalakkan proses pembentukan tisu baru.
Sapukan sedikit madu asli pada tempat yang terkena ulser dan biarkan ia melarut dalam mulut. Boleh juga mencampurkan secubit kunyit untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan.

2. Berkumur Air Garam


Cara ini adalah kaedah rawatan tradisional yang paling popular diamalkan untuk menghilangkan ulser mulut.
Kaedah ini berkesan kerana air garam boleh membunuh kuman pada ulser mulut. Air garam yang bersifat asidik, memberikan keadaan yang tidak sesuai kepada bakteria untuk hidup dan membiak.
Cara menggunakannya adalah:
  1. Sediakan 1 sudu teh serbuk garam dan segelas air
  2. Masukkan garam tersebut dan kacau sehingga sebati
  3. Berkumur air tersebut, 3 kali sehari
Alternatif kepada garam adalah baking soda.
Penting! Jangan minum air garam tersebut.

3. GEL ALOE VERA


Selain madu, gel aloe vera juga adalah sumber anti-bakteria dan anti-keradangan yang dapat membantu menghilangkan ulser mulut secara semulajadi.
Gel aloe vera turut memiliki sifat anti-oksidan di samping sifatnya yang sejuk yang memulihkan rasa sakit dengan hampir serta-merta.

4. Gunakan Mouthwash


Selain daripada air garam, anda juga boleh menggunakan mouthwash seperti Listerine atau Colgate Plax untuk menghilangkan ulser mulut. Cara penggunaannya adalah sama dengan penggunaan mouthwash, seperti biasa, berkumur kemudian ludah.
Berkumur sebanyak 2-3 kali sehari, dan yang paling penting adalah jangan telan air mouthwash itu.
Sekiranya anda mengalami ulser mulut di tekak, maka cara ini adalah terbaik. Anda perlu gaggle mouthwash ini agar sampai pada tempat ulser tersebut. Tetapi ingat, jangan telan.

5. MINYAK VITAMIN E


Jika anda mempunyai minyak vitamin E, sapukan pada bahagian mulut yang terdapat ulser. Sebagai alternatif, boleh juga membuka kapsul vitamin E dan sapukan minyaknya.
Minyak ini akan membantu mengelakkan luka ulser daripada jangkitan dan memulihkannya dengan pantas.

6. Gunakan Lemon Atau Limau


Perah sedikit jus lemon/oren/limau dan sapukannya pada ulser tersebut dengan menggunakan jari (sudah dibersihkan) atau putik kapas.
Ulangi cara ini sebelum dan selepas anda makan makanan berat.

Merawat Ulser Mulut Dengan Ubat-Ubatan

Jika petua di atas tidak memberikan kesan yang anda mahukan, sebaiknya anda mula menggunakan ubat-ubatan komersil dan dari farmasi.



1. Dapatkan Mouthwash Secara Preskripsi


Selain daripada mouthwash yang biasa seperti Listerine, terdapat juga beberapa jenis mouthwash secara preskripsi doktor. Dengan nasihat doktor, anda boleh mendapatkan sama ada Dexamethasone atau Tetracycline.

2. Gunakan Gel Sapuan


Dalam pasaran Malaysia, produk gel sapuan untuk melegakan ulser mulut adalah keluaran Bonjela.
Gel Bonjela mengandungi satu bahan antiseptik yang dikenali sebagai Cetalkonium Chloride, yang mana boleh melawan sebarang jangkitan kuman di dalam mulut. Ia juga mengandungi Choline Salicylate, iaitu bahan yang memainkan peranan untuk melegakan kesakitan dan keradangan ulser mulut.
Cara menggunakan Bonjela adalah dengan menyapu gel tersebut pada tempat ulser 3 kali sehari. Semasa menyapu, anda akan merasa pedih, tetapi kesakitan tersebut akan berkurangan mengikut masa. Kemudian, anda akan rasa kebas.
Anda boleh mendapatkan Bonjela ini di mana-mana farmasi berdekatan. Selain Bonjela, HalalGel turut ada mengeluarkan produk yang sama, jika anda berminat.

Mencegah Ulser Mulut Daripada Berlaku

Setelah mengetahui bagaimana untuk merawat ulser mulut, kemudian adalah terbaik bagi anda untuk mengetahui bagaimana untuk mencegahnya daripada berulang lagi. Berikut adalah beberapa cadangan.

1. Menjauhi Faktor Penyebab Ulser Mulut

cara-rawat-ulser-mulut

Berus gigi dengan lebih berhemah, tidak terlalu kasar. Anda dinasihatkan untuk menggunakan berus gigi yang lebih lembut, untuk mengelakkan daripada berlaku pendarahan pada gusi. Kemudian, floss setiap hari.
Bertukar ubat gigi. Sesetengah ubat gigi atau mouthwashes mengandungi sodium lauryl sulfate boleh menyebabkan ulser mulut. Jika anda mendapati ubat gigi anda menjadi penyebab kepada masalah ini, sila bertukar ubat gigi yang lain.
Relaks, jangan stress. Kebanyakan orang mengalami masalah ulser mulut semasa mereka tertekan (dari segi emosi). Ketika berada dalam keadaan tertekan,sistem immuniti kita akan jatuh dan senang terkena jangkitan kuman. 

2. Awasi Diet Dan Pemakanan

Diet dan pemakanan memainkan peranan yang penting kepada kesihatan anda. Berikut adalah beberapa cadangan untuk mengelak daripada berlakunya bibir pecah ini:
Elak makanan pedas dan berasid. Hal ini kerana ia boleh memudaratkan keadaan. Cili dan air bersoda juga perlu dielakkan. Malah, sayur dan buah seperti lemon, oren dan nanas juga perlu dikurangkan.
Sebaliknya, anda dinasihatkan untuk mendapatkan B12, zink, zat besi dan asid folik semasa anda mengalami ulser mulut. Anda boleh mengambil supplimen vitamin untuk mendapatkan semua vitamin dan nutrient tersebut.

3. Rawat Penyakit Yang Boleh Menyebabkan Ulser Mulut

Ulser mulut yang normal, biasanya akan berlaku sebanyak 3-4 kali setahun, akan berterussan selama seminggu dua, dan tidak berkait dengan apa-apa jenis penyakit yang lain.
Namun, kalau anda mengalami masalah ulser ini sangat kerap, dan mengambil masa yang lama untuk sembuh, ia mungkin disebabkan oleh penyakit yang lain. Dalam kes ini, adakah anda mengalami sistem immune yang lemah? Adakah anda mengalami penyakit dalam saluran pencernaan?
Hal ini kerana penyakit tersebut boleh menyebabkan ulser mulut. Oleh itu, adalah terbaik anda sembuhkan pernyakit berkenaan terlebih dahulu.

Tips Tambahan

  1. Rendam berus gigi di dalam air suam selepas menggunakannya, untuk membunuh sebarang baktria padanya.
  2. Banyakkan minum air, ia boleh membantu mempercepatkan proses untuk sembuh.
  3. Elakkan daripada makan coklat atau makanan bergula (manis) semasa mengalami ulser, ia boleh melambatkan proses penyembuhan.

Kesimpulan

Ulser mulut atau pecah bibir ini bukanlah satu masalah yang boleh meragut nyawa. Malah perkara ini biasa dialami oleh setiap orang, setiap tahun. Oleh itu, janganlah bimbang kalau anda mendapatnya, setiap masalah mesti ada cara penyelesaiannya.
Harap artikel ini membantu anda dalam merawat ulser mulut dengan berkesan. Sekiranya anda ingin berkongsikan pengalaman, atau mencadangkan cara yang lain, bolehlah berbuat demikian dengan meninggalkan komen di bawah.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...