

Tahukah anda, Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah mewujudkan sebuah simpanan khusus untuk anak-anak kelahiran Sarawak iaitu Endowment Fund Sarawak (EFS).
EFS adalah sebuah simpanan untuk anak-anak kelahiran Sarawak yang bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.
Jumlah Bantuan EFS
- Jumlah bantuan yang diberikan berjumlah RM1,000 dalam bentuk simpanan.
Syarat Kelayakan Bantuan EFS
Berikut merupakan syarat kelayakan untuk bantuan EFS:- Warganegara Malaysia
- Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
- Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang
MyKAD berstatus "K"; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran.
**Salinan hendaklah disahkan oleh pegawai JPN
Kategori anak angkat:
- Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus "K"
- Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah
Cara Membuat Permohonan Bantuan EFS
Permohonan boleh dibuat di kesemua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sarawak dengan membawa:- Borang permohonan EFS - Muat Turun Borang
- Salinan sijil lahir bayi
- Salinan MyKAD/Biometrik ibu atau bapa yang berstatus "K"
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh layari laman web isarawakcare atau hubungi talian KPWKK di 082-442050
10 Rak Kasut Bertutup Yang Sesuai Untuk Ruangan Se ...

#hiburan: Penyewa Akui Trauma, Tidak Mahu Tinggal ...

Loke: Mangsa Kebakaran Putera Heights Boleh Cetak ...

Penjawat Awam Nyaris Terkena Tembakan Ketika Meman ...