loading...

Permohonan Bantuan Bina Rumah RM60,000 Atas Tanah Sendri ~ Terbuka Kepada Golongan Berpendapatan Rendah (B40)



Kerajaan telah menyediakan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) untuk golongan berpendapatan rendah yang bertujuan membantu mereka terutama yang berpendapatan rendah memiliki rumah pertama mampu milik.

Berikut merupakan maklumat ringkas berkenaan bantuan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) RM60,000 yang perlu anda fahami/tahu tentang Syarat dan Cara memohon.

SYARAT KELAYAKAN SPP

Berikut adalah syarat-syarat pinjaman perumahan untuk golongan berpendapatan rendah;
  1. Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
  2. Berumur 21 hingga 70 tahun.
  3. Bekerja dan mempunyai pendapatan.
  4. Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan).
  5. Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah.
  6. Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan.
  7. Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat.

SYARAT PINJAMAN

Berikut adalah syarat-syarat pinjaman yang perlu anda ikut;
  • Had Pinjaman Maksimum RM60,000.00 (tidak termasuk perlindungan insuran)
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
  • Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman.
  • Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina

SYARAT-SYARAT CAGARAN TANAH

Berikut adalah syarat-syarat Cagaran tanah pemilik;

  1. Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.
  2. Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.
  3. Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut:
  • A.Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun.
  • B.Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri.

SYARAT-SYARAT PEMBINAAN RUMAH

Berikut adalah syarat-syarat Pembinaan rumah yang ditetapkan;
  1. Rumah teres sesebuah setingkat - keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
  2. Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
  3. Pemohon TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri
  4. Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
  5. Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut:-
  • A. Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN;
  • B. Mempunyai Pendaftaran Syarikat DAN Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah;
  • C. Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000
  • D. Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan.

PAKEJ PINJAMAN 2 GENERASI

Berikut Merupakan pakej pinjaman 2 generasi yang perlu diikut;
  • Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur 45 tahun hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 hingga 35 tahun, berpendapatan minimum RM1000.00 dan bukan kakitangan kerajaan.
  • Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja
  • Generasi ke-2 mestilah anak kandung kepada pemohon

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN (SPP)

Download dan Isi borang permohonan dan hantar ke alamat pos yang tertera di hadapan/bawah borang permohonan ini.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang masalah dan persoalan boleh hubungi di talian skim pinjaman perumahan (SPP) pada hari berkerja sahaja seperti berikut;

Bahagian Pengurusan
Perumahan Jabatan Perumahan Negeri
Kementerian Kebajikan Negeri, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No 51 Persediaan Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya.
Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8891 4269
E-mel: spp@kpkt.gov.my
Previous
Next Post »
loading...