Tahukah anda, bahawa penyata bagi tahun 2021 akan memaparkan caruman 01/2021 (potongan upah/ gaji bulan Disember 2020) sehingga caruman bagi bulan 12 2021( potongan upah/ gaji bulan November 2021). Perkara ini akan terjadi sekiranya majikan membuat bayaran caruman untuk tempoh yang telah dinyatakan.
Kami kongsikan kepada anda pengumuman tarikh dividen KWSP 2022.
Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2022
Untuk pengetahuan semua, KWSP akan mengumumkan kadar dividen tahunan 2021 pada awal suku pertama tahun 2022 dalam tempoh pertengahan atau penghujung bulan Februari atau awal bulan Mac. Kami kongsikan pengumuman daripada facebook rasmi KWSP.
Dividen KWSP Tahun 2021 (Tahun Kewangan 2020)
Tahukah anda dividen sebanyak 5.2% dan jumlah agihan sejumlah rm42.88 billion khas untuk Simpanan Konvensional, manakala sebanyak 4.9% untuk Simpanan Syariah dengan agihan sebanyak RM4.76 billion telah diumumkan pada 27 Februari 2021 yang lalu.
Info Tentang Dividen KWSP
Jaminan bagi kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahi. Ianya di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27.
Oleh itu, ahli tetap akan diberi jaminan dan menerima kadar dividen minimum dalam apa keaadan sekalipun.
Untuk maklumat, kadar dividen bagi Simpanan Syariakh KWSP ini adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah dan jaminan kadar dividen minimum ini.
Cara Membuat Semakan Dividen KWSP
Berikut kami kongsikan cara membuat semakan dividen KWSP online melalui i-Akaun:
- Anda hendaklah melayari laman web KWSP https://www.kwsp.gov.my/ms/home
- Kemudian, 'Log Masuk' dan masukkan ID beserta kata laluan anda yang telah didaftarkan.
- Selepas itu, klik 'View Details' di bahagian 'Dividen'.
- Perincian berkaitan 'Dividen Tahun 2020' akan dipaparkan.
Maklumat Lanjut
Anda boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 untuk sebarang kemusykilan dan persoalan.
Kredit: mkerjaya.com