loading...

Tarikh Bayaran Terkini Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia RM2,000 Keluarga B40 2022

     

Berita baik untuk keluarga yang mempunyai Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah, kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan nilai bantuan sebanyak RM2,000 untuk setiap isi rumah di Malaysia.

Berita baik untuk keluarga yang mempunyai Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah, kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan nilai bantuan sebanyak RM2,000 untuk setiap isi rumah di Malaysia.

Nilai bantuan ini lebih banyak berbanding sebelum ini yang hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.

Kami kongsikan kepada anda syarat untuk memohon bantuan ini.

Jumlah Bantuan BKM Isi Rumah 2022

Melalui pembentangan Belanjawan 2022, bantuan diberi berdasarkan kepada empat kategori seperti berikut:

Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:

  • RM2,000: Lebih 3 orang anak
  • RM1,500: 1-2 orang anak
  • RM1,000: Tiada anak

Isi Rumah RM2,500 - RM5,000:
  • RM800: Lebih 3 orang anak
  • RM600: 1-2 orang anak
  • RM400: Tiada anak

Tambahan Kadar Isi Rumah:
  • RM300: Warga Emas
  • RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan

Syarat Kelayakan Pemohon Isi Rumah BKM

  • Sudah Berkahwin
  • Ibu bapa tunggal/ balu/ janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Tarikh Pembayaran

Untuk maklumat, pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali dalam masa setahun.

Tarikh pembayaran akan bermula pada bulan Mac 2022.

Cara Membuat Permohonan BKM

Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 - 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

Sila layari https://bkm.hasil.gov.my/ untuk kemaskini dan permohonan online.

Cara Kemaskini Maklumat BKM

Berikut cara kemaskini maklumat BKM 2022:
  • Buka laman web rasmi BKM melalui pautan berikut - klik DI SINI
  • Klik log masuk
  • Setelah berjaya log masuk, klik kemaskini permohonan
  • Masukkan No.Mykad dan klik semak. Isikan semua maklumat bertanda *
  • Klik teruskan
  • Isi kod Captcha dan klik sahkan Captchanya
  • Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan 7. Klik butang hantar bagi meneruskan permohonan.
  • Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang cetak untuk simpan rekod permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/
Previous
Next Post »
loading...