loading...

Rumah IKRAM KPKT: Permohonan Rumah PPR Serendah RM124 Sebulan!

Bagi mereka yang tidak mempunyai kediaman dan tempat berteduh akibat pandemik COVID-19, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan satu inisiatif bagi membantu mereka yang memerlukan. Program ini dikenali sebagai Program Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT).


Bagi mereka yang tidak mempunyai kediaman dan tempat berteduh akibat pandemik COVID-19, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan satu inisiatif bagi membantu mereka yang memerlukan. Program ini dikenali sebagai Program Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT).

Program ini bertujuan untuk membantu menyediakan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19 disebabkan faktor kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerjaan yang menyebabkan mereka tidak mampu membayar sewa yang tinggi sehingga terpaksa keluar daripada rumah yang disewa dan lain-lain lagi.



Manfaat Rumah IKRAM KPKT

Mereka yang layak akan menghuni rumah PPR yang terlibat dan diberikan sewa percuma selama 6 bulan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka.


Ciri-Ciri Rumah PPR

Berikut adalah ciri-ciri rumah PPR yang akan ditawarkan menerusi Rumah IKRAM KPKT:

1. Rumah yang terletak di kawasan bandar besar adalah jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat

2. Rumah di kawasan pinggir bandar adalah jenis rumah teres

3. Keluasan rumah tidak kurang daripada 700 kaki persegi

4. Binaan rumah terdiri daripada 

  1. 3 bilik tidur
  2. 1 ruang tamu
  3. 1 ruang dapur
  4. 2 bilik air.

5. Kemudahan asas yang disediakan:

  1. Dewan komuniti / ruang orang ramai
  2. Surau / ruang solat
  3. Gerai makan / ruang niaga
  4. Tadika
  5. Kemudahan OKU
  6. Taman Permainan / kawasan lapang
  7. Rumah sampah

6. Kadar sewa minimum yang ditawarkan adalah RM124 sebulan


Senarai PPR Terlibat

Untuk pengetahuan anda, sebanyak 1,000 unit ditawarkan melalui inisiatif ini. Sebagai permulaan, berikut adalah senarai PPR yang terlibat di bawah Rumah IKRAM KPKT:

  1. PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
  2. PPR Lembah Subang 2, Selangor
  3. PPR Amanjaya, Kedah
  4. PPR Kota Setar, Kedah
  5. PPR Sinar Intan 3, Kedah
  6. PPR Kota Bharu, Kelantan
  7. PPR Gua Musang, Kelantan
  8. PPR Sg. Melana 2, Johor


__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

_________________________________________________________________________


Syarat Permohonan Rumah IKRAM KPKT

Mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak untuk memohon

  1. Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Pemohon tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya
  4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan


Cara Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:

  1. Buka laman web teduh di https://teduh.kpkt.gov.my/scheme/rumah-ikram-kpkt
  2. Klik pada "Lihat Senarai Projek"
  3. Pilih rumah PPR yang diinginkan
  4. Klik butang "Mohon Di Sini"
  5. Isi maklumat yang diperlukan dan hantar


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi KPKR di talian 03-8891 4139 / 4138 atau emel ke pro@kpkt.gov.my atau unitkorporatjpn@kpkt.gov.my

Previous
Next Post »
loading...