loading...

17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Anda Boleh Mohon !


Tahukah anda, selain pengeluaran i-Citra dan i-Sinar, terdapat beberapa jenis pengeluaran lain yang anda boleh lakukan dengan wang simpanan KWSP anda. 

Secara umumnya, anda boleh mengeluarkan wang KWSP anda melalui 17 jenis pengeluaran melalui akaun 1 dan 2 dan dibahagikan kepada pengeluaran sebahagian dan pengeluaran penuh.


Jenis Pengeluaran KWSP

Pengeluaran Sebahagian

Berikut adalah jenis pengeluaran sebahagian yang anda boleh mohon:

  1. Ketika berumur 50 tahun
  2. Pembinaan rumah
  3. Perumahan fleksibel
  4. Kesihatan
  5. Pendidikan
  6. Menyelesaikan baki pinjaman perumahan
  7. Perumahan PR1MA
  8. Simpanan melebihi RM 1 juta
  9. Beli rumah
  10. Ansuran bulanan pinjaman perumahan
  11. Haji


Pengeluaran Penuh

Berikut adalah jenis pengeluaran penuh yang anda boleh mohon:

  1. Ketika berumur 55 tahun
  2. Hilang upaya
  3. Ketika berumur 60 tahun
  4. Meninggalkan negara
  5. Pekerja berkempen dan pesara pilihan
  6. Kematian

__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

_________________________________________________________________________


Kelayakan Untuk Membuat Pengeluaran

Berikut adalah syarat untuk membuat pengeluaran:

Pengeluaran KWSP Umur 50, 55 dan 60

  1. Merupakan pencarum KWSP yang sah
  2. Ahli berumur di antara 50 - 54 tahun
  3. Ali berumur di antara 50 - 59 tahun
  4. Ahli mencapai umur 60 tahun
  5. Memiliki simpanan KWSP

Pengeluaran Untuk Pembinaan/Pembelian Rumah

  1. Belum mencapai umur 55 tahun
  2. Ahli mempunyai simpanan dalam akaun 2 minim RM500,000
  3. Pengeluaran Untuk Kesihatan
  4. Belum mencapai umur 55 tahun
  5. Ahli masih mempunyai simpanan dalam akaun 2

Pengeluaran Untuk Pendidikan

  1. Pengeluaran bertujuan untuk membiayai yuran pengajian anak di IPT
  2. Belum mencapai umur 55 tahun
  3. Ahli masih mempunyai simpanan dalam akaun 2

Pengeluaran Untuk Haji

  1. Bertujuan untuk menampung perbelanjaan asas pengerjaan haji dan bukannya kos keseluruhan haji

Pengeluaran Untuk Kematian

  1. Pengeluaran penuh oleh waris/penama dan lain-lain apabila berlaku kematian kepada si pencarum
  2. Ahli masih mempunyai simpanan dalam akaun 2

Pengeluaran Untuk Meninggalkan Negara

Boleh dimohon oleh:

  1. Warganegara Malaysia yang telah dilucutkan kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain
  2. Bukan Warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkenaan pengeluaran KWSP, anda boleh menghubungi KWSP di 

Laman Web KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals
Telefon: 03-8922 6000
Faks: 03-8922 6222
Masa Operasi: Isnin - Jumaat (8:00 Pagi - 5:00 Petang) kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor



SUMBER: NIAGAKINI, KERJASEMASA
Previous
Next Post »
loading...