loading...

eSPKR PPRT: Permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin 2021

Bagi anda yang tidak mempunyai rumah atau mempunyai rumah yang uzur, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah menyediakan satu bantuan program perumahan rakyat khusus untuk penduduk miskin dan miskin tegar di luar bandar iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).


Bagi anda yang tidak mempunyai rumah atau mempunyai rumah yang uzur, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah menyediakan satu bantuan program perumahan rakyat khusus untuk penduduk miskin dan miskin tegar di luar bandar iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin dan miskin tegar dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.


Skop Bantuan Yang Ditawarkan

Berikut adalah skop bantuan yang akan ditawarkan kepada yang layak:

Bina Baharu

Bantuan ini adalah untuk keluarga yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

Baik Pulih

Bantuan ini hanya melibatkan komponen-komponen asas sebuah rumah dan bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan baharu. Baik pulih rumah hanya melibatkan 3 komponen utama iaitu:

  1. Penyelenggaraan
  2. Penambahbaikan
  3. Requisition


Kumpulan Sasar

Berikut adalah kumpulan sasar yang layak untuk menerima bantuan PPRT:

  1. Pemohon telah disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih)
  2. Pemohon telah diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) ataupun jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri
  3. Pemohon diperakui oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan
  4. Pemohon diperakui oleh jawatankuasan di peringkat kementerian


__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

_________________________________________________________________________


Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan bantuan PPRT bagi pemohon yang ingin bina baharu dan baik pulih rumah.

Bagi pemohon yang ingin bina baharu:

  • Pemohon tidak mempunyai rumah
  • Pemohon mendiami rumah yang terlalu uzur dan tidak selamat didiami
  • Rumah pemohon tidak ekonomik untuk dibaiki
  • Pemohon memiliki tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu / bapa / adik-beradik / saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah kerajan atau tanah wakaf) dengan kemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah
  • Borang Kebenaran Menggunakan Tanah - KLIK SINI

Bagi pemohon yang ingin membaik pulih rumah:

  1. Bantuan diberikan kepada pemohon yang mempunyai rumah uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki
  2. Pemohon mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain /  tanah milik sebahagian / tanah kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah
  3. Borang Kebenaran Menggunakan Tanah - KLIK SINI

Namun begitu, pemohon dalam kategori berikut akan diberikan keutamaan:

  1. Warga emas
  2. Orang Kurang Upaya (OKU)
  3. Ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggunan ramai.
  4. Manga bencana berskala kecil
  5. Keutamaan pelaksaan program adalah kepada negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.




Cara Membuat Permohonan

Berikut dikonsikan cara untuk membuat permohonan:

  1. Buka laman web eSPKR di https://espkr.rurallink.gov.my/v1/online/
  2. Klik pada bahagian "Program Perumahan Rakyat Termiskin"
  3. Isi maklumat yang diperlukan
  4. Muat naik dokumen
  5. Buat perakuan sebelum menghantar permohonan




Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan anda boleh menghubungi pihak KPLB di talian 03-8000 8000.

Previous
Next Post »
loading...