Menerusi Belanjawan 2021 yang sebelum ini dibentangkan di Dewan Rakyat, kerajaan telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM150 Juta ke dalam Tabung CERDIK oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bagi pemberian komputer riba kepada 150 ribu murid di 500 sekolah sebagai projek rintis yang diselia oleh Yayasan Hasanah
TARIKH PEMBERIAN LAPTOP
- Setakat ini, 13,000 peranti telah diedarkan di peringkat pertama pemberian pada bulan Februari yang mana lebih dari 1000 pelajar telah terima.
- Peringkat kedua akan dilaksanakan pada Mei 2021 dan melibatkan 50,000 pelajar.
- Peringkat ketiga pula akan dilaksanakan pada penghujung September 2021 dan melibatkan 100,000 pelajar.
JENIS PERANTI DAN PENYEDIAAN DATA
Pelajar yang layak akan menerima:
- Komputer riba dengan spesifikasi Intel i3 atau setara dan ke atas
- Ipad dengan Cip Bionic A12
Peranti dibekalkan dengan:
- Rangkaian 3G/4G dengan data internet sebanyak 15GB sebulan untuk tempoh minimum 12 bulan.
- Kad SIM yang didaftarkan di bawah nama ibu bapa atau penjaga murid.
SEKOLAH DAN MURID YANG LAYAK
Sekolah Yang Layak
Pemilihan sekolah yang layak oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah berdasarkan:
- Pendapatan isi rumah dan tahap akademik murid.
- Sekolah-sekolah tersebut mestilah berada dalam kawasan yang mempunyai capaian internet sedia ada, serta berada dalam lingkungan jarak yang wajar antara satu sama lain bagi memudahkan program dan penyaluran khidmat sokongan ini dilaksanakan.
Murid Yang Layak
Murid yang berkelayakan haruslah daripada mereka yang:
- Golongan terpinggir iaitu B40, ibu bapa tunggal, berkeperluan khas dan Orang Asli
- Pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,849
- Tidak mempunyai akses untuk pembelajaran atas talian.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
- Peranti akan diedarkan kepada murid dari kohort terpilih di sekolah yang terpilih dan bukannya melalui permohonan.
- Murid yang layak serta ibu bapa akan dimaklumkan sebelum tarikh pengagihan
BACA JUGA : Laptop & Tablet Percuma Pelajar Sekolah B40 2021