BAYARAN BANTUAN RM500 AIDILFITRI 2021
Kerajaan hari ini bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan Contract of Service, Contract for Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan dibawah MySTEP dan RM250 kepada pesara kerajaan. Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya mengharungi tempoh pandemik cabaran ini.
CARA PEMBAYARAN BANTUAN RM500 AIDILFITRI
Pembayaran akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021.
Lebih 2 juta penjawat awam dan pesara akan menerima manfaat ini.