Untuk pengetahuan anda, pembayaran i-Sinar bagi Kategori 2 telah dilaksanakan pada 8 Mac 2021 yang lepas. Pembayaran secara berperingkat tersebut kini disambung pada bulan April 2021.
Umum mengetahui bahawa, program/ inisiatif i-Sinar iaitu inisiatif dan usahasama pihak kerajaan bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi meringankan beban rakyat Malaysia terutamanya bagi pencarum yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Justeru, bagi i-Sinar Kategori 2, pembayaran pada bulan April kini telah bermula.
Semakan Tarikh i-Sinar Kategori 2 April 2021
Pembayaran bagi bulan April telah bermula semalam, 7 April 2021 iaitu tarikh yang bersamaan dengan hari akhir pembayaran i-Lestari KWSP serta permohonan baharu bagi Geran Khas Prihatin 3.0Pembayaran i-Sinar Kategori 2 ini tertakluk kepada kumpulan/ batch masing-masing. Anda boleh melakukan semakan tarikh pembayaran melalui i-Akaun KWSP anda.
Berikut adalah salah satu contoh paparan jadual pembayaran yang terdapat pada i-Akaun serta screenshot kemasukan duit i-Sinar ke akaun bank.
Seperti yang kita lihat pada gambar di atas:
- Pembayaran terakhir i-Sinar ialah pada 7 Julai 2021, ini bermakna pembayaran pada April juga sama iaitu pada 7 April 2021.
- Tarikh pembayaran adalah berbeza-beza daripada penerima lain. Ada yang menerima awal, ada juga yang menerima lewat sedikit.
- Pembayaran adalah mengikut kumpulan atau batch, sekiranya anda merupakan penerima batch 1 maka anda akan menerima pembayaran April bermula 7 April 2021 dan seterusnya mengikut batch anda.
Cara Membuat Semakan Status i-Sinar Melalui i-Akaun
Anda boleh untuk membuat semakan terus menggunakan aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan tarikh pembayaran seterusnya.
1. Buka apps i-Akaun di pautan https:/www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
2. Login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan.
3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau withdrawal history di ruangan sebelah kiri
4. Klik pada i-sinar di dalam jadual barisan kedua.
5. Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-sinar di laman web i-sinar.kwsp.gov.my