loading...

'Cukuplah! Berhenti berkata yang bukan-bukan, ini membabitkan maruah saya' - Joy Revfa


KUALA LUMPUR - Susulan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun, memberikan kenyataan ringkasnya pada sidang media petang semalam, Joy Revfa atau nama sebenar, Siti Arifah Amin, tampil meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan Hafiz Hamidun yang dikatakan sedikit sebanyak menjejaskan maruahnya. 

Dalam laporan Harian Metro semalam, Joy turut kecewa apabila Hafiz mempertikaikan permohonan faraq atau pembubaran nikah yang diserahkannya ke pejabat agama pada 18 Ogos lalu. 

"Saya kecewa apabila dokumen yang dibawa bertemu pihak media semalam dipertikaikan. Buat masa sekarang, peguam menasihati saya untuk tidak memberi sebarang komen kerana prosiding belum selesai. 

"Saya tidak mahu timbul isu yang lain pula seperti kerja kotor dan penyebaran fitnah," katanya. 
Previous
Next Post »
loading...