loading...

[Permohonan Dibuka] Golongan B40 gaji bawah RM3,000 boleh miliki rumah sendiri


Panduan Untuk Memohon Rumah PPR Online Dibawah Program Perumahan Rakyat Disewa/Dimilki Myhome 2020

Tahukah anda? Sekiranya isi rumah anda mempunyai pendapatan di bawah RM3,000 sebulan anda boleh untuk memiliki rumah di bawah Skim Program Perumahan Rakyat (PPR).

Program Perumahan Rakyat (PPR) ini terdiri daripada dua kategori iaitu PPR disewa dan PPR dimiliki. Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan sebuah program kerajaan yang bertujuan untuk memberika penempatan semula dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah. Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan antara pusat agensi bagi program PPR di seluruh negara. 

APAKAH CIRI-CIRI PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)?

Ciri-ciri PPR adalah seperti berikut:
  • Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat di kawasan bandar-bandar besa
  • Landed properties di pesisir dan pinggir bandar
  • Keluasan - Tidak kurang 700 kps
  • Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON BANTUAN INI

SKIM PPR DISEWA :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
SKIM PPR DIMILIKI : 
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
SKIM MYHOME :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
  • Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah
CARA UNTUK MEMOHON PPR

DAFTAR AKAUN PEMOHON
  1. Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
  2. Klik : [ SISTEM PENGURUSAN PERUMAHAN RUMAH NEGARA. ]
  3. pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan Alamat e-mail.

GUNAKAN EMAIL UNTUK MELAKUKAN PENGESAHAN
  • Pastikan e-mail yang anda didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
  • Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.
  • Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru. 
Klik pautan berwarna biru dan masukkan kata laluan. Pastikan anda ingat kata laluan anda. 

PILIH SKIM PERUMAHAN YANG ANDA MAHU
  1. Untuk permohonan pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME.
  2. Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik "pilih skim yang di inginkan".
  3. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas.
  4. Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan. 

DOKUMEN SOKONGAN
  1. Klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.
  2. Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB. 

PENGESAHAN
  1. Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.
  2. Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu langkah selanjutnya.
Semoga maklumat ini bermanfaat bagi mereka yang ingin mempunyai penempatan rumah sendiri dan pendapatan isi  rumah mereka dibawah RM3,000 sebulan.  
Previous
Next Post »
loading...