loading...

Bantuan Perniagaan Sehingga RM5,000 Tahun 2022

Skim Niaga Darul Ihsan (NaDI) menawarkan pembiayaan berbentuk kewangan sehingga RM5,000 dikhususkan kepada individu yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan yang terkesan akibat pandemik Covid 19 dan usahawan yang tidak memiliki dokumen lesen perniagaan untuk mendapatkan modal pusingan perniagaan.

Kami kongsikan kepada anda maklumat terperinci mengenai bantuan ini.


Syarat Kelayakan

Berikut kami kongsikan syarat utama permohonan:

  • Warganegara Malaysia
  • Rakyat Selangor/bermastautin 5 tahun
  • Mengundi dalam negeri Selangor
  • Berumur 18 tahun sehingga 65 tahun
  • Peminjam terdiri daripada wanita mewakili isi rumah
  • Perlaksanaan dalam bentuk kumpulan ( 3 orang berkumpulan)


Syarat Pembiayaan

  • Had pembiayaan RM1,000 sehingga RM5,000
  • Tempoh pembiayaan 25 minggu (6 bulan) sehingga 150 minggu (3 tahun)
  • Caj perkhidmatan 8% setahun
  • Bayaran balik secara mingguan


Dokumen Permohonan

Berikut salinan dokumen yang diperlukan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • 2 keping gambar berukuran pasport pemohon
  • Salinan penyata akaun bank (header) atau muka depan buku akaun ( yang menunjukkan no.akaun pemohon)
  • 1 salinan borang permohonan hijrah
  • 1 salinan bil utiliti premis atau tempat tinggal

Nota: Dokumen mestilah dimuat naik dalam format PDF ( Kecuali gambar).


Maklumat Tambahan

Sekiranya anda berminat, anda boleh telefon 03-5519 1692 atau klik di pautan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfRq9ZevldlIv48FzfoVolcr_QcvMnpwR4F0aVswQ011WbjsQ/viewform

Previous
Next Post »
loading...