Berita baik bagi anda penerima GKP 4.0, pembayaran RM500 fasa 2 akan dibuat pada bulan November ini. Ramai pemohon yang sudah menerima bayaran GKP 4.0 fasa 1 pada bulan September lepas. Untuk pengetahuan anda, pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP ini telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi.
Secara keseluruhan Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 5.1 bilion ringgit melalui inisiatif GKP. Oleh itu, kami dari Mingguan Kerja akan berkongsi kepada anda berkenaan maklumat pembayaran GKP untuk bulan November.
Jumlah Bayaran GKP 4.0
Jumlah keseluruhan GKP 4.0 adalah RM1,500 dan akan dibayar secara berperingkat. Pembayaran pertama telahpun dibuat pada bulan Julai yang lalu.
- Julai: RM500 (GKP Tambahan)
- September: RM500 (Sudah Dibayar)
- November: RM500 (Dalam Proses)
Tarikh Bayaran GKP 4.0
Pembayaran GKP 4.0 bagi bulan November akan mula dibuat dalam masa terdekat. Semak cara pembayaran seperti di bawah.
Semakan GKP 4.0
Anda boleh membuat semakan GKP dengan melayari pautan https://gkp.hasil.gov.my/
Pendaftaran GKP 4.0
Untuk pengetahuan anda, permohonan GKP 4.0 telahpun ditutup sejak 31 Julai lagi.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai GKP 4.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara). Rujuk Soal Jawab GKP 4.0 di sini.