Program Pemilikan Kediaman (HOPE) telah dilancarkan baru-baru ini. Program ini bertujuan untuk menjadi penyelesaian kepada golongan B40, M40 dan anak muda untuk memilik kediaman sendiri.
HOPE bertujuan untuk menjadi tumpuan bagi memastikan jumlah rumah mampu milik yang mencukupi dengan sasaran membina 500,000 rumah mampu milik sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Jenis Rumah Yang Ditawarkan
Melalui program HOPE, selain daripada rumah di bawah RM300,000, pemaju juga menawarkan rumah bernilai sekitar RM500,000 sehingga RM800,000 untuk golongan M40 yang berkemampuan.
Tujuan Program Pemilikan Kediaman (HOPE)
Hope diwujudkan bagi melihat kepada isu pemilikan kediaman dalam perspektif menyeluruh dan menyentuh setiap sudut ekosistem sektor perumahan yang mendapat sentuhan 25 pakar bidang perumahan pelbagai latar belakang.
Program ini juga dirangka berteraskan elemen 5K yang menjadi komponen asas iaitu ketersediaan, kemampuan kewangan, kemudahan pembiayaan, kualiti dan kediaman berdaya huni.
Hope digariskan selaras dengan matlamat kerajaan yang menyasarkan untuk membina RM500,000 rumah mampu milik sepanjang RMK-12 yang berakhir pada 2025.
KPKT komited untuk mencapai sasaran diletakkan Perdana Menteri iaitu 500,000 rumah mampu milik menjelang 2025 dengan matlamat Satu keluarga Satu Rumah.
Inisiatif Mohon Rumah HOPE
Ada beberapa inisiatif yang boleh dimohon oleh rakyat Malaysia sekiranya ingin membeli rumah HOPE, antaranya Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-BIAYA) yang membolehkan pembeli rumah mendapat jaminan pembiayaan melalui Cagamas Berhad dan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
KPKT juga dalam proses untuk membangunkan Dashboard Indeks Harga Rumah Mampu Milik bagi setiap lokaliti di seluruh negara sebagai panduan kepada pemaju, bakal pembeli serta pihak berkuasa tempatan dalam penentuan harga mampu milik yang sewajarnya di sesutu kawasan atau lokaliti.
Cara Mohon Rumah Mampu Milik
Setakat ini belum ada lagi dikongsikan cara untuk mohon rumah mampu milik ini. Tapi kami akan kongsikan maklumat lanjut daripada semasa ke semasa.