loading...

Tarikh Temuduga Pengambilan Guru One-Off SPP 2021

 


Sebanyak 18,702 kekosongan Pegawai Pendidikan Gred DG41 Secara 'onfe off' akan diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengatasi masalah kekurangan guru di negara ini yang membabitkan mata pelajaran tertentu dan beberapa negeri.

Ramai pemohon yang telah menghantar permohonan untuk menjadi Guru One-Off SPP 2021 ini.

Kami kongsikan kepada anda tarikh terkini temuduga yang telah oleh Pihak SPP. 


Proses Pengambilan Guru

Permohonan - Ujian - Temuduga - Penempatan Secara Berperingkat

Iklan Pengambilan Khas Guru

7 Julai 2021



Penempatan (Secara Berperingkat)

Penempatan bagi pengambilan guru secara "one-off" ini akan diberikan pada Oktober 2021 secara berperingkat-peringkat.




Tarikh Temuduga Guru One-Off SPP


Untuk makluman semua calon, melalui pengumuman terkini daripada pihak SPP, semakan permohonan masih dalam proses dan dijangkakan temuduga akan bermula hujung Ogos 2021.


Sumber: SPP

Pengambilan Guru Secara One-Off 

Cabaran Dunia Pendidikan

Antara cabaran dunia pendidikan kini adalah bekalan guru yang terhad untuk hanya matapelajaran tertentu sahaja.

Selain itu terdapat juga masalah dalam ketidakpadanan opsyen matapelajaran. Contohnya guru untuk matapelajaran tertentu kurang dan terdapat lebihan graduan berpendidikan dalam bidang yang tidak mempunyai kekosongan guru. 


KPM Berjasama dengan JPA dan SPP

KPM akan menjalankan kerjasama dengan JPA dan SPP untuk pendekatan secara menyeluruh seperti:


Kluster Opsyen Mata Pelajaran

Menurut Kementerian Pendidikan, antara punca bekalan terhad apabila guru dengan opsyen tertentu hanya boleh mengajar mata pelajaran tertentu saja

Justeru itu, guru ini juga boleh mengajar mata pelajaran berbeza atau hampir dengan ruang lingkup sama. Apabila dibuat kajiam lebih mendalam, terdapat keperluan untuk mewujudkan kluster opsyen mata pelajaran

Apa Itu Kluster Opsyen Mata Pelajaran?

Bakal guru yang akan diambil dalam pengambilan khas akan disusun mengikut kelayakan dan kelulusan mereka mengikut kluster tertentu bagi membolehkan ruang atau kelompok tertentu sumber bekalan ini lebih luas

Ia membolehkan pemilihan calon berkelayakan bagi opsyen mata pelajaran yang memerlukan pengisian.

__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

_________________________________________________________________________


Kepelbagaian kaedah pelantikan

Walaupun pengambilan khas ini akan memberi tumpuan kepada calon yang mempunyai iktisas pendidikan, namun KPM akan melihat pengambilan secara menyeluruh dengan mengambil kira latar belakang pendidikan calon yang bersesuaian dengan kekosngan guru mengikut mata pelajaran.

Jika tiada graduan pendidikan yang boleh memenuhinya, maka kaedah bersesuaian akan diambil dan diteliti oleh SPP.


Mata Pelajaran dan Negeri Yang Kekurangan Guru Tertinggi

Berikut kami kongsikan kepada anda antara mata pelajaran dan kekurangan guru tertinggi mengikut negeri:

Sekolah rendah

  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi

Sekolah Menengah

  • Bahasa melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Reka Bentuk & Teknologi


Kekosongan Guru Tertinggi Mengikut Negeri Tahun 2021

  • Sabah
  • Sarawak
  • Johor 
  • Selangor

Pendaftaran SPP

Sekiranya anda berminat dan ingin memohon, anda boleh untuk melakukan pendaftaran melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) iaitu badan yang bertanggungjawab untuk pengambilan guru.

Baca Juga: Cara Daftar Permohonan Guru SPP


Maklumat Tambahan

Sebarang pertanyaan lanjur anda boleh salurkan kepada Hotline mySPP bermula 7 Julai 2021.

Talian Hotline mySPP :

Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020
Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022
Previous
Next Post »
loading...