loading...

Cara Mohon Online Latihan Separa Perubatan SPA Julai 2020. Terbuka Bagi Lepasan SPM 17-25 Tahun.

Ramai pencari kerja terutamanya calon lepasan SPM tidak mengetahui berkenaan Program Latihan Separa Perubatan 2020. Program ini adalah sebuah program pengajian yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk semua pencari kerja lepasan SPM di seluruh negara.

Untuk pengetahuan anda, sepanjang program pengajian ini, para pelatih akan diberikan elaun sara diri sepanjang tempoh pengajian dan penginapan pelatih juga disediakan.

Bahkan, pekerjaan juga sudah tersedia bagi para pelatih kerana sebaik sahaja tamat tempoh latihan pengajian ini, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menempatkan anda di hospital-hospital kerajaan untuk bekerja. Bukan itu sahaja, anda juga tidak akan dikenakan sebarang yuran bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang ini.

Menarik bukan? Pelbagai faedah dapat diperolehi daripada program latihan ini. Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini, anda bolehlah mengemukakan permohonan.

Anda boleh mengemukakan permohonan secara atas talian (online) di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Di dalam artikel ini kami akan kongsikan kepada anda cara-cara untuk membuat permohonan tersebut.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Terdapat beberapa syarat yang ditetapkan dan anda hendaklah meneliti setiap satu daripada syarat tersebut. Pastikan anda telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan ini sebelum anda mengemukakan permohonan. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Pemohon perlulah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya dan mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (BM).
  • Pemohon yang memohon menggunakan sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan sijil penuh SPM, yakni sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.
  • Lulus enam subjek dalam SPM dengan subjek Bahasa Melayu mendapat gred kepujian dan selebihnya peringkat lulus dalam satu peperiksaan.
  • Lulus enam subjek termasuk Bahasa Melayu (BM) dengan dua subjek lain di peringkat kepujian dan selebihnya peringkat lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.
  • Memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada kepujian atau lulus serta subjek-subjek tertentu sepertimana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Calon lantikan terus haruslah berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Bagi calon yang layak, satu surat panggilan temuduga dan ujian akan diberikan. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal rasmi SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.
  • Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah selama satu tahun. Calon perlu isi semula permohonan selepas tempoh tersebut.
  • Pegawai sedang berkhidmat untuk kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur kurang daripada 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/ Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA

SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA

Berikut merupakan senarai latihan separa perubatan yang ditawarkan. Anda bolehlah memilih mana-mana latihan yang anda minat.

  • Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Latihan Fisioterapi
  • Latihan Jururawat
  • Latihan Juruterapi Pergigian
  • Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Latihan Juruteknologi Pergigian
  • Latihan Juru X-ray
  • Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  • Latihan Penolong Pegawai Perubatan

SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL

  • Latihan Jururawat Masyarakat
  • Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  • Latihan Pembantu Kesihatan Awam

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan untuk melanjutkan pengajian dalam program separa perubatan ini hanya dibuka secara online. Anda yang berminat bolehlah mengemukakan permohonan. Berikut merupakan cara-cara permohonan.

1.) Layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Link Portal Rasmi SPA di bawah.Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA

2.) Masukkan ID dan kata laluan.

Pengambilan Latihan Separa Perubatan3.) Sekiranya anda belum ada akaun, cipta ID dan kata laluan anda.

Pendaftaran Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA

4.) Setelah berjaya masuk, pilih Borang Permohonan Pekerjaan.

Separa Perubatan

5.) Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul. (Letakkan Separa Perubatan pada jawatan dipilih)

Permohonan Separa Perubatan KKM

6.) Tekan butang ‘simpan’.

Anda dinasihatkan untuk memohon Program Latihan Separa Perubatan ini jika anda berminat. Banyak faedah yang bakal anda peroleh melalui program latihan ini. Jadi, apa tunggu lagi? Mohonlah sekarang!

IKLAN JAWATAN SEPARA PERUBATAN

Di bawah merupakan pautan iklan permohonan Latihan Separa Perubatan Sesi 2020. Terdapat 1695 kekosongan ditawarkan ambilan kali ini. Anda boleh rujuk iklan penuh di bawah.

IKLAN PENUH JAWATAN

Previous
Next Post »
loading...