loading...

Main Papan Selaju Atas Bangunan

HONG KONG – Seorang lelaki di sini merakam aksinya bermain papan selaju di atas bangunan pencakar langit di sini baru-baru ini.

 

 

Cheung Jai,25, dilihat mengimbangi badannya di atas papan selaju pada palang besi bangunan dengan ketinggian beratus-ratus meter di Teluk Causeway, utara Hong Kong.

 

 

Dia kemudiannya menukar posisi kedudukannya dan menggerakkan papan tersebut selari dengan palang besi yang berkarat itu sambil merakam aksi berkenaan.

 

 

Klip video berdurasi 30 saat itu dimuat naik ke internet kira-kira dua bulan lalu dan telah ditonton lebih 31,000 kali di laman sosial YouTube dan 12,000 kali di laman Instagram.

 

 

Aksinya mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial dengan setengah daripada mereka memuji tindakan beraninya selain beberapa yang lain mengecam perbuatan itu yang dianggap bermain dengan kematian.

 

 

“Dalam 10 tahun akan datang, jika kamu masih hidup kamu akan sedar betapa bodohnya kamu,” komen seorang pengguna Instagram. – Agensi

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...