loading...

Tuduh Speaker: Tiga MP DAP Perlu Diambil Tindakan

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan Parlimen dituntut mengambil tindakan terhadap tiga anggota Parlimen DAP yang dianggap mengeluarkan tuduhan ‘berat’ ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata pihaknya melihat tuduhan anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham (Beruas) dan V Sivakumar (Batu Gajah) terhadap Pandikar Amin berniat jahat apabila dituduh sebagai ‘sekutu untuk menutup skandal rasuah,’.

“Terdapat elemen andaian dan tanggapan yang salah yang dilakukan oleh ketiga-tiga anggota Parlimen itu,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Semalam, ketiga-tiga anggota Parlimen berkenaan dilapor menuntut Pandikar Amin meletakkan jawatan kerana menolak usul segera difailkan pembangkang berhubung rampasan kapal layar mewah yang dikatakan milik ahli perniagaan Jho Low dan soalan berkaitan 1MDB.

Mereka turut dipetik sebagai berkata Pandikar Amin, sebagai Speaker Dewan Rakyat telah gagal menegakkan kebenaran. -BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...