loading...

Tiada Ahli Keluarga Hadir Jamin Suami Ziana Zain

Suami Ziana Zain, Armin Zaharin bakal berdepan dengan tuduhan yang lebih berat selepas pihak pendakwaan meminda pertuduhan atas kesalahan mencederakan anaknya 24 Februari lalu. Bagaimanapun Armin tetap mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut.

BACA: Ziana Zain Beri Peringatan Kepada Kaki Kritik

Mengikut pertuduhan Armin dengan sengaja mencederakan anak lelakinya menggunakan rotan. Berikutan itu, beliau telah didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 326A KK.

Kini Armin ditahan di penjara Sungai Buloh selepas tiada rakan atau ahli keluarga datang membayar wang jaminan. Bagaimanapun, Majistret Raja Noor Adilla mengekalkan ikat jamin sebelum ini, RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sabit kesalahan, Armin yang diwakili peguam Muhammad Zufar Elias, boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau sebatan. Dimaklumkan laporan tersebut dibuat Ziana sendiri pada 27 Febuari sebelum beliau ditahan Jumaat lalu. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...