loading...

Ruhainies Beli Kondo, Kereta Mewa Hasil Usaha Sendiri

Setelah hampir empat tahun berpenat lelah bekerja, akhirnya Ruhainies boleh tersenyum lebar apabila impiannya untuk memiliki rumah sendiri dan kereta mewah jenama Mercedes, akhirnya tercapai.

BACA: Ruhainies Belum Mahu Bergelar Isteri Orang

“Alhamdulillah, berkat usaha dan kerja keras, saya sudah mampu memiliki rumah dan kereta sendiri. Akhirnya penat lelah selama ini berbayar dan puas hati kerana dua impian ini memang sudah lama saya impikan”

Menurut Ruhainies kereta mewah dan rumah yang dibeli itu bukanlah kegunaan beliau seorang malah juga seisi keluarganya. Kata Ruhainis, rezeki yang dimiliki kini atas doa ibu bapanya, jadi ini masanya untuk membalas jasa mereka.

“Saya beli rumah dan kereta ini bukan untuk saya guna seorang, tetapi untuk keluarga. Jadi selepas ini bolehlah mereka pindah ke rumah saya di Shah Alam. Rezeki ini adalah atas doa ibu bapa, jadi mereka juga harus merasa apa yang saya perolehi ini.” katanya kepada m Star Online.

Sejuk hati mendengar kata-kata Ruhainies, sudahlah cantik, tapi juga anak yang baik membalas jasa ibu bapa membesarkan. Bertuah badan andai ada jejaka sudah memiliki hati Ruhainies ni. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...