loading...

Payudara Makin Besar, Elly Mazlein Buat Pembedahan?

payudara makin besar elly mazlein buat pembedahan

Kredit foto: BH Online

Azam penyanyi Elly Mazlein untuk menghindari kontroversi pada tahun ini, nampaknya terpaksa dilupakan apabila beliau sekali lagi terpalit dengan sebuah gosip terbaru.

Kali ini ada pihak mendakwa penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu membuat pembedahan payudara hingga nampak menonjol dan besar daripada kebiasaannya.

Namun, Elly, 37, nyata tidak melatah sebaliknya membidas semula spekulasi itu dengan tenang. Katanya: 

"Sefhia masih menyusu badan, jadi macam mana pulak nak buat payudara. Apa pasti payudara saya asli dan alhamdulillah rezeki Sefhia juga dapat menyusu badan sehingga ke hari ini.

"Jadi kalau mana-mana wanita yang mahu payudara nampak besar, beranak dan berilah anak anda susu (dalam nada berseloroh)."

Elly menjelaskan dia menyusukan anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia, sejak dua tahun lalu.

Beliau membuat kenyataan kepada portal Sinar Harian sewaktu ditemui di majlis pelancaran Mentor Otai yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pada itu, ditanya tidakkah dia gusar jika ada perbandingan antara foto lama dan barunya, serta gelaran simbol seks yang barangkali dilabelkan oleh umum, bekas bintang Gegar Vaganza 3 (GV3) itu akui tidak lagi terkesan dengan tanggapan masyarakat.

"Pada saya itu hak masing-masing nak kata apa. Saya tak boleh tutup mulut orang. Malah selepas sekian lama berkecimpung di dalam industri seni, saya dah biasa dan tak cepat berasa sensitif," ujarnya.

Sementara itu, selebriti berumur 38 tahun ini berkata, pengalaman banyak mengajarnya untuk menjadi seorang wanita yang kuat.

"Dulu bila saya diam saja, orang sekeliling macam naik lemak. Tapi kini tidak lagi. Kalau orang cakap benda tak betul saya bagi balik," tuturnya.

Program Mentor Otai kelolaan Elly turut menampilkan juruhebah Hot FM, Haziq Husni sebagai pasangan hos, manakala penyanyi Misha Omar, Siti Sarah, Zarul Husin dan Tam Spider ditugaskan sebagai mentor.

Mentor Otai bakal bersiaran sebanyak tujuh episod, ke udara setiap Ahad, jam 9 malam di saluran TV3, bermula Ahad ini.

Previous
Next Post »
loading...