loading...

Neymar Mahu Kembali Ke Barcelona?

NEYMAR dikhabarkan memberitahu Barcelona bahawa beliau mahu kembali ke Nou Camp.

Perkara itu dibuat hanya beberapa jam sebelum pasukannya Paris Saint-Germain (PSG) ditewaskan Real Madrid pada perlawanan Liga Juara-Juara.

Keadaan pemain kelahiran Brazil itu dikatakan masih tidak menentu di ibu negara Perancis sejak menyertai PSG pada musim panas.

Neymar kini memutuskan bahawa perpindahan ke Sepanyol adalah apa yang beliau mahukan.

Menurut beberapa laporan di Sepanyol, beliau juga membuatkan bekas kelabnya menyedari kepentingannya mengenai kemungkinan untuk kembali. – Mail Online UK/mStar Online

Loading...

Previous
Next Post »
loading...