loading...

Lelaki Bersenjata Tahan Penghuni Rumah Orang Tua

LOS ANGELES – Seorang lelaki bersenjata memecah masuk ke sebuah rumah perlindungan orang tua, melepaskan tembakan dan menahan sekurang-kurangnya tiga tebusan, kata media tempatan dan pihak berkuasa.

Menurut polis tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Setakat ini, polis gagal berhubung dengan lelaki bersenjata yang masih berada di dalam rumah orang tua Yountville Veterans Home, di Napa Valley kira-kira 80 kilometer ke timur laut San Francisco.

Jurucakap Peronda Lebuh Raya California (CHP), Chris Childs berkata dalam satu taklimat media, lelaki itu dipercayai mempunyai senapang.

Childs berkata, timbalan CHP dan lelaki bersenjata itu berbalas tembakan, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Seorang penghuni rumah itu dikenali sebagai Rod Allen berkata, lelaki bersenjata itu menahan beberapa tebusan selepas melepaskan penghuni yang lain.

Katanya, lelaki itu menyerbu masuk sambil melepas berpuluh tembakan ketika mereka sedang meraikan satu majlis. – Reuters/BH ONLINE

Loading...

Previous
Next Post »
loading...