loading...

Kajian mendapati, wanita yang suka mekap tebal tiada ciri-ciri kepimpinan

Satu kajian baru mendapati, mana-mana wanita atau anak gadis yang bercita-cita ingin menjadi seorang pemimpin hebat harus mengurangkan jumlah lapisan bedak di wajah. Kajian itu menyarankan majikan wanita agar mengurangkan pemakaian alat solek kerana ia boleh merosakkan reputasi dan kuasa mereka.

hijabista niqabista stailista

Abertay University, Scotland telah menjalankan kajian ini dengan meminta responden melihat beberapa siri imej wanita dan gadis yang bersih dan segar berbanding yang sarat dengan alat solek seperti mahu ke kelab malam. Perisian komputer digunakan untuk memanipulasikan jumlah alat solek pada wajah.

Hasil penyelidikan mendapati, secara umumnya persepsi orang ramai terhadap wanita atau perempuan dengan mekap tebal adalah tidak mempunyai kemahiran memimpin berbanding mereka yang kurang menggunakan kosmetik.

Dr. Christopher Watkins dari Jabatan Psikologi Abertay menjelaskan walaupun kajian terdahulu pernah menyatakan solekan akan membuat wanita atau perempuan kelihatan lebih dominan, namun ada kemungkinan mekap tebal mencerminkan keperibadian yang semberono di tempat kerja.

wanita mekap tebal tiada ciri kepimpinan 466

Menurutnya lagi, walaupun penemuan kajian sebelum ini menunjukkan yang manusia lebih cenderung untuk menghormati seorang wanita yang berwajah cantik, penyelidikan terbaru ini pula menunjukkan bahawa alat solek tidak meningkatkan tahap dominasi wanita sebagai seorang pemimpin.

Para penyelidik mengatakan bahawa kesan positif solekan mungkin terhad kepada peranan tertentu sahaja dalam organisasi, seperti dalam industri perkhidmatan pelanggan di mana daya tarikan kepada pelanggan adalah lebih penting.

gadis mekap tebal hijabista stylista merepek

Penemuan ini adalah berlawanan dengan kajian yang dijalankan oleh Harvard University pada tahun 2016 yang mendapati wanita yang memakai mekap dilihat lebih kompeten dengan kerja dan lebih berpotensi untuk dinaikkan pangkat. Wajah yang 'profesional' juga membuatkan wanita itu digemari dan disukai, manakala wajah yang 'semula jadi' lebih dipercayai ramai.

Walau bagaimanapun, kajian itu juga mendapati wanita yang berwajah terlalu 'glamor' adalah paling kurang dipercayai.

Ini menandakan ada satu sempadan apabila seorang wanita memilih untuk memakai mekap. Jika sempadan ini dilepasi, alat solek itu akan merosakkan profesionalisme seseorang.

Dalam satu tinjauan pada tahun 2013 pula mendapati calon wanita yang tidak memakai mekap ketika temuduga tidak akan dipilih bekerja oleh dua pertiga majikan di Britain.

wanita mekap tebal tak boleh jadi pemimpin

Kesimpulannya, pakailah mekap ke pejabat untuk menambah sedikit seri di wajah. Namun, pastikan pemakaian kosmetik itu berpada-pada dan tidak berlebihan kerana anda mungkin boleh dianggap tidak profesional.

Ingat, niat anda pergi ke pejabat adalah untuk bekerja mencari rezeki. Mekap tebal mungkin lebih sesuai sekiranya anda ingin berjoget di Zouk.

Sumber:

1. Abertay University

2. PLOS One

Previous
Next Post »
loading...