loading...

Inilah 16 kediaman rasmi Ratu Elizabeth dan keluarga diraja British

Pernahkah anda terfikir di mana keluarga diraja Britain tinggal? Mungkin ada antara anda yang sudah mengetahui beberapa daripadanya akan tetapi banyak lagi kediaman mereka yang belum kita ketahui. Mari kita lihat antara tempat kediaman mereka yang cantik dan mewah:

14 istana ratu elizabeth

1. Istana Buckingham 

Istana Buckingham yang terletak di St. James Park ini merupakan kediaman rasmi keluarga diraja British di London. Ia didiami keluarga diraja itu sejak pada tahun 1837 lagi. Istana ini mempunyai 775 ruangan termasuk 52 bilik tidur, 188 bilik pekerja, 92 pejabat dan 78 tandas.

kediaman rasmi keluarga diraja britain british windsor istana buckingham

Selain Ratu Britain, Duke of Edinburgh, Duke of York, Earl dan Countess of Wessex juga menjadikan istana ini kediaman mereka. Tarikan utama di Istana Buckingham ini ialah upacara Pertukaran Pengawal yang berlangsung pada jam 11 pagi setiap hari. Dewan negeri di sini dibuka untuk orang awam pada setiap musim panas. Di bahagian belakang istana ini juga terdapat khabar angin yang mengatakan menjadi tempat penampakan hantu sami yang berjubah kelabu.

2. Istana Windsor

Istana yang terletak di luar London ini menjadi tempat istirahat Ratu pada hujung minggu. Ia merupakan istana tertua dan paling besar yang berpenghuni di dunia. Dibina oleh William the Conqueror pada kurun ke-11, lebih daripada 39 pemerintah pernah tinggal di Istana Winsdor ini. Gereja kecil St.George di istana bakal menjadi tempat pernikahan Putera Harry dan Meghan Markle pada bulan Mei 2018 nanti.

kediaman rasmi keluarga diraja britain british windsor castle terbakar

Istana ini dibuka untuk orang awam setiap hari sepanjang tahun. Ia juga mempunyai koleksi anak patung diraja yang terkenal di dunia. Terdapat juga persembahan dan aktiviti untuk kanak-kanak disediakan di sini. Pada tahun 1992, satu kebakaran di istana ini telah mengakibatkan kerugian sebanyak $50 juta.

3. Rumah Sandringham

kediaman rasmi keluarga diraja britain british sandringham house

Sandringham House di Norfolk ini merupakan salah satu kediaman peribadi Ratu. Dibeli oleh keluarga diraja pada tahun 1862 oleh Edward VII, kediaman yang berkeluasan 20,000 ekar ini juga menjadi tempat mereka menghabiskan masa semasa perayaan Hari Natal. Di sini juga terdapat Anmer Hall iaitu tempat tinggal bagi Duke dan Duchess of Cambridge.

4. Istana Balmoral

kediaman rasmi keluarga diraja britain british istana balmoral

Istana ini juga merupakan salah satu kediaman peribadi Ratu yang terletak di Aberdeenshire, Scotland. Pada awalnya, ia dibeli oleh Putera Albert sebagai hadiah kepada Ratu Victoria pada tahun 1852. Mereka juga telah membina istana yang baru sebelum merobohkan bangunan yang lama di situ. Sebahagian daripada istana ini juga menjadi tempat tinggal Putera Wales dan Duchess of Cornwall. Tempat ini juga menawarkan perkhidmatan safari dengan menaiki Landrover dan juga memiliki kelab golfnya sendiri. Istana ini juga terkenal dengan penampakan hantu salah seorang pelayan Ratu Victoria iaitu John Brown.

5. Rumah Clarence

kediaman rasmi keluarga diraja britain british clarence house

Rumah ini kepunyaan Ratu Elizabeth yang berusia lebih dari 50 tahun. Direka oleh John Nash pada tahun 1825-27, ia dibina untuk anak kepada George III iaitu Clarence. Walaupun ramai keluarga diraja yang mengunjungi tempat ini, ia menjadi kediaman rasmi bagi Putera Wales.

6. Istana Kensington

kediaman rasmi keluarga diraja britain british kensington palace istana

Pada asalnya ia dibeli oleh William III pada tahun 1689 dan menjadi tempat kediaman rasmi keluarga diraja sehinggalah Ratu Victoria berpindah ke Istana Buckingham. Istana ini merupakan tempat kelahiran dan tempat Ratu Victoria dibesarkan. Ia juga merupakan rumah mendiang Puteri Diana. Kini, ia menjadi tempat tinggal Duke dan Duchess of Cambridge dan mempunyai koleksi pakaian upacara diraja di sana.

7. Istana St. James

kediaman rasmi keluarga diraja britain british st james istana

Istana ini merupakan kediaman keluarga diraja selama lebih 300 tahun lamanya. Ia mula dibina oleh Henry VIII pada tahun 1531-36. Perkahwinan Ratu Victoria juga dilangsungkan di sini. Apabila seseorang ratu mangkat, perjumpaan dan pengumuman pengganti takhta secara rasmi juga akan dilakukan di sini. Istana ini menganjurkan lebih kurang 100 acara kebajikan setahun.

8. Istana Holyrood

kediaman rasmi keluarga diraja britain british holyrood

Setiap kali Ratu England berkunjung ke Scotland atas tujuan rasmi, baginda akan bermalam di sini. Mula diasaskan sebagai gereja pada tahun 1128, bangunan ini mula ditambah baik sebagai istana oleh James IV pada tahun 1501. Sejak itu, ia menjadi kediaman keturunan diraja Scotland. Mary Queen of Scots menghabiskan masa hayatnya di sini dan ia juga telah menjadi lokasi satu pembunuhan yang terkenal. Pembunuhan setiausaha sulit Mary Queen of Scots itu disaksikan sendiri oleh Mary yang ketika itu hamil 7 bulan. Dikhabarkan sehingga kini kesan darahnya masih ada di dalam kawasan istana.

9. Istana Hillsborough

kediaman rasmi keluarga diraja britain british hillsborough istana

Terletak di County Down, istana ini menjadi tempat persinggahan keluarga diraja apabila melawat Ireland Utara. Di tempat ini juga menyaksikan perjanjian damai di antara Anglo dan orang Ireland setelah berdekad lamanya mengalami permusuhan. Istana ini dibina pada kurun ke-18 dan hanya dibeli oleh keluarga diraja British pada tahun 1922.

10. Rumah Highgrove

kediaman rasmi keluarga diraja britain british highgrove house

Kediaman yang terletak di Gloucestershire ini juga merupakan kediaman Duke of Cornwall iaitu Putera Charles. Baginda mula berpindah ke sini pada tahun 1980. Di sini terdapat sebuah taman yang dibina tanpa memerlukan sebarang kerja senggaraan dan mempunyai sistem solar, perparitan bawah tanah dan juga koleksi benih pokok yang paling susah dijumpai untuk kegunaan generasi akan datang.

11. Tamarisk dan Llewynywermod

kediaman rasmi keluarga diraja britain british tamarisk dan llewynywermod

Dua kediaman ini juga milik Putera Charles yang merupakan Duke of Cornwall. Tamarisk terletak di pulau St. Mary, iaitu salah satu daripada lima pulau yang didiami di kepulauan Scilly. Terdapat lebih daripada 200 kepulauan kecil di Scilly ini. Llwynywermod yang terletak di Carmanrthenshire pula merupakan kediaman Putera Charles apabila berada di Wales. Kepulauan Scilly ini juga merupakan habitat kepada banyak spesies burung yang sukar dijumpai.

12. Birkhall

kediaman rasmi keluarga diraja britain british birkhall

Birkhall terletak di atas sebidang tanah yang sama dengan Istana Balmoral dan merupakan kediaman peribadi Putera Wales. Siap dibina pada tahun 1715, Putera Albert telah menghadiahkannya kepada Ratu Victoria pada tahun 1849. Ia juga telah diwariskan kepada Ibu Ratu dan kemudian kepada Ratu Elizabeth pada tahun 2002. Tempat ini menjadi lokasi kegemaran menjalankan aktiviti memburu Putera Charles. Taman di sini juga menjadi tempat kegemaran anak-anak diraja termasuk Elizabeth dan Margaret Rose semasa mereka masih kecil.

13. Royal Lodge Windsor 

kediaman rasmi keluarga diraja britain british royal lodge windsor

Kediaman ini telah disewa oleh Duke of York daripada Ratu Elizabeth II. Ia juga merupakan kediaman Puteri Beatrice dan Eugenie sebelum mereka berpindah ke Istana St. James. Di sini juga terdapat rumah permainan yang dibina oleh pereka dari Wales untuk Ratu Elizabeth semasa baginda berumur 6 tahun.

14. Rumah Wren

kediaman rasmi keluarga diraja britain british wren house

Rumah ini ialah sebahagian daripada bangunan Istana Kensington. Terletak si sebelah utara Istana utama dan dipenuhi dengan taman dinding indah. Kini ia didiami oleh pasangan Duke dan Duchess of Kent.

15. Bagshot Park

kediaman rasmi keluarga diraja britain british bagshot park

Tempat ini merupakan sebahagian daripada Windsor Great Park dan ia juga disewa dari Ratu. Ianya dibina pada tahun 1879 dan merupakan tempat kediaman anak Ratu Victoria iaitu Putera Arthur. Seni rekanya dibina berlandaskan tema budaya India kerana pada masa itu Ratu Victoria juga adalah Maharani India. Sejak 1998, Earl dan Countess of Wessex mendiami istana ini.

16. Thatched House Lodge

kediaman rasmi keluarga diraja britain british thatched house lodge

Terletak di Taman Richmond, tempat ini didiami oleh sepupu kepada Ratu England iaitu Puteri Alexandra. Taman di kawasan kediaman ini dipenuhi dengan pelbagai hidupan liar termasuklah rusa. Ia dibina pada kurun ke-17 dan mempunyai rumah musim panas, rumah tukang kebun dan juga ladang kuda.

Previous
Next Post »
loading...