loading...

“Ingatkan mandi, rupanya dia potong itu…”

Entah sudah berapa hari Suryaman @ Acuy (30 tahun) tidak mandi. Bau tengik dan hapak tubuh langsung tidak dihiraukannya. Sejak dua bulan lalu ayah kepada seorang anak ini berkelakuan aneh.

Keadaannya semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Kadang pendiam, kemudian bercakap seorang diri, ada masanya mengamuk tidak tentu pasal.

Risau isteri Acui melihat keadaannya. Pernah suatu masa dulu Acuy tertekan tanpa sebab sehingga cuba menamatkan riwayatnya. Mujur keluarga sempat mencegah. Kalau tidak, menjandalah dia!

Orangtuanya juga merasa risau dengan kondisinya. Ada sekali ayahnya terlihat dia membaca mantera. Apabila ditanya, kononnya dia mahu mendalami ilmu ghaib. Ilmu ghaib jenis apa? Ayahnya pun tidak tahu.

Apa sebenarnya yang bermain dalam fikiran Acuy?

Petang itu, Acuy mendapat petunjuk. Ada suara berbisik… kalau mahu menguasai ilmu ghaib, dia harus mengorbankan sesuatu yang paling bernilai dalam hidupnya.

Demi kuasa ghaib, dia rela mengorbankan apa saja! Ya! Dia sanggup dan sudah bersedia!

Tapi sebelum itu ada tiga benda yang diperlukan untuk melakukan upacara iaitu seutas tali kasut, sebiji batu dan sebilah kapak!

Semua benda ini mudah saja diperolehnya. Selepas mendapatkan barangan yang diperlukan, dia terus saja menuju ke rumah ibubapanya. Kebetulan dia tinggal berdekatan dengan mereka di Dusun Cibinong, Sukabumi Jawa Barat.

Acuy melangkah masuk ke dalam rumah. Dia meminta izin ayahnya untuk menggunakan kamar mandi dengan alasan ingin mandi.

Ayahnya merasa pelik melihat Acuy membawa sebilah kapak, seutas tali dan sebiji batu masuk ke dalam kamar mandi. Tapi dia sedia maklum, sejak akhir-akhir ini otak Acuy agak mereng. Asalkan Acuy tidak membuat onar, lantak dialah nak bawa masuk apa pun.

Acuy terus menutup pintu kamar mandi. Sejurus di dalam, terus saja dilondehkan seluarnya. Kepalanya tunduk merenung tepat ke arah ‘belut’nya yang tergantung bebas.

“Sebentar lagi engkau akan bercerai dari badan,” bisiknya sedikit gementar.

Dengan cermat, Acuy mengikat leher ‘belut’nya dengan hujung tali. Hujung tali yang satu lagi diikatnya pada batu sebagai pemberat.

Batu itu diletaknya perlahan-lahan tergantung ke dalam tab mandi sehingga ‘belut’ Acoy terjerut dan memanjang akibat tertarik ke bawah oleh berat batu.

Kapak di tangan kanannya tergenggam erat. Mengalir peluh dingin di dahinya menahan rasa gementar. Selepas menarik nafas panjang dua tiga kali, Acuy pun mulai bertindak! Kapak dihayun laju dan tepat ke arah…

Zaappp!!!

“Adoi!!!”

Penghuni rumah terkejut mendengar jeritan Acuy. Ayahnya rasa tidak sedap hati terus menapak ke kamar mandi.

Tatkala pintu dibuka, berpinar mata ayahnya apabila melihat darah memancut-mancut bagaikan air paip keluar dari alat sulit Acuy yang sudah kontot! Darah terpercik dan menitis sana sini.

Sementara itu, dalam keperitan Acuy sempat memerhatikan ‘belut’nya putus tenggelam bersama batu di dalam tab mandi. Bening air dalam tab beransur merah disebati darah. Begitu juga bahagian bawah tubuh Acuy, bersalut merah bermandikan darah. Sakitnya bukan kepalang!

Hening malam di Dusun Cibinong telah diganggu oleh keonaran Acuy. Jiran sekampung datang berduyun untuk melihat dan membantu sekadar termampu.

Dalam keributan ayahnya bertindak pantas membawa Acuy ke Puskesmas (klinik kesihatan) Bojonglopang. Tapi sarana di klinik kecil itu tidak mampu menangani kes kecederaan berat Acuy.

Dia terpaksa dikejarkan ke Rumah Sakit Umum Daerah Sekarwangi, Jalan Raya Cibadak. Ubat penenang dan penahan sakit segera diberikan kepada Acuy.

Atas usaha kakitangan hospital, pendarahan berjaya dihentikan. TAPI tidak pula diketahui bagaimana nasib ‘belut’ Acuy sama ada berjaya disambung atau sebaliknya.

Keadaan Acuy beransur sembuh. Tapi dia masih tidak mahu berbicara dengan sesiapa. Dia asyik baring atas katil. Kadang-kadang kalau bosan dia akan duduk seketika, kemudian baring lagi.

Menurut Dr Raden Suganda, Acuy mungkin mengalami gangguan mental.

Apalah agaknya yang difikirkan Acuy sekarang? Ilmu apa yang dipelajarinya sehingga perlu mengorbankan ‘kejantanan’nya? Kesian dia kehilangan ‘belut’.  Apapun isterinya harus bersedia menanggung penderitaan batin pada masa mendatang, kerana Acuy sudah ‘tidak mampu’.

Previous
Next Post »
loading...